Bagi saya peluang


#Sila baca post ni sambil dengar lagu ni.. <~~(klik sini)



Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Aku janji padamu
Akan mencintaimu
Takkan menduakanmu

Bukan raksasa.

Assalammualaikum monster-monster cute…

Satu persoalan,
Kenapa Big Bang suka nyanyikan lagu untuk aku?
Perasan pulak. *senyum*



Sebenarnya, bila seseorang berada dalam satu-satu keadaan, dimana baginya tiada orang yang mengerti, lirik-lirik lagu ditujukan padanya, menyentuh hati, pasti dia akan perasan. Macam aku.
Makin layan, makin rasa sayu. Walaupun dia tahu itu bukan perkara matang, tapi sebagai manusia biasa, dia tak dapat lari. Cuma berselindung. Walaupun dahi berkerut. Otak melayang. Mulut aku? Masih tak dapat luahkan apa hati dia rasa. Senyum. Itu saja yang aku mampu.

*pejam mata seminit*

Fikiran ni memang dah melayang jauh. Cari sesuatu. Jantung cuba cover-line, tapi muka tak dapat tipu.
Resah.




I’m not a monster.

Cuba matangkan fikiran.  Redha dengan apa yang jadi.

Mampukah aku?

Aku, seorang gadis yang lalang hidup dia. Someone, tolong hentikan angin.
Harapan….

Harap dia membaca. Sukar untuk difahami rasa ni tapi jika ada hati, dia akan mengerti. Aku tak nak dia jadi sapa-sapa. Aku takda list ciri-ciri lelaki idaman. Cukuplah dia tahu apa yang aku nak dari dia tanpa aku huraikan panjang lebar dan paling penting dia kena tahu, I’M NOT A MONSTER,BABY.

Jangan jadi bulan penuh yang bila aku pandang, aku sakit. Aku taknak jadi monster lagi depan kau. Kau cemuh. Kau benci. Kau kata. Kau lepaskan aku. Aku sakit. Nampak kau macam bola je. Bulat. Aku sabar.

Aku sabar..


You’re like a moon that makes me go crazy

Drama tak laku


Assalammualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk bertaubat hari ini. Segeralah bertaubat ye. Tak rugi pun.




Drama


Drama merupakan satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan. Ia berasal dari perkataan bahasa Greek yang bermakna "tindakan", dari bahasa Yunani Purba δράω), "membuat".Ini apa yang aku dapat dari Google. Drama dalam hidup aku; dah nak masuk 21. Bukan episod, tapi tahun.





Suka Scha


WATAK UTAMA (Heroin)

Dah tentu la tuan empunya badan ni. 20 tahun jadi heroin. Heroin bermasalah. Haha. Sampai saat ni masalah dia tak selesai dan makin bertambah. Layak ke dapat anugerah heroin paling sabar nanti? Merapu je.






WATAK PROTAGONIS (Hero)

Wah, suka rambut Jehan cam ginih!

Sudah tentu yang wanita/gadis tertunggu-tunggu siapa hero kan jika menonton drama. Kena pulak yang heronya tu nsem, tinggi, manis, kacak, baik hati. Lagi melekatlah dagu di kusyen depan TV tu. 

Hero drama aku? Masih belum jumpa muncul.


Jika GD, aku rela...
WATAK ANTAGONIS

Watak ni aku suka. Kerana dia sangat menguji sifat aku. Nak-nak bilangan dia sampai tak terkira. Punyalah ramai nak jadi penentang sampaikan kadang-kadang ahli keluarga sendiri. Selalunya dalam drama, watak gini last-last mesti dia insaf. Macam tak menarik kan. Aku nak watak antagonis dalam drama aku, dia tak insaf, terus ninggal je. *Kijam*





WATAK PIPIH

Paling susah nak jumpa tapi paling ramai aku ada. Haha. Faham? Kebanyakannya dikalangan aku jugak. Serius. Sedih. Tikam belakang aku dengan pisau motong getah.






PELAKON TAMBAHAN
ayat manis je selalu
Dalam drama hidup kita pasti ada orang-orang yang tersangkut paut samada secara langsung atau tidak langsung. Ada yang muncul lepas diundang, ada yang muncul tanpa undangan. Yang takda pass tu yang aku tak berapa bekenan tu. Jika muncul menyelesaikan, aku sambut dengan senyuman tapi jika sebaliknya, aku selesaikan dengan cara aku sendiri.



LATAR BELAKANG

Sangat simple. Kampong, bilik tidur, asrama, politeknik dan tempat-tempat yang cam-best-je. Itu je dunia aku. Kecil pada pendengaran kasar tapi luas jika mengerti aku.






Hidup ini bagaikan pentas opera. Eh ternyanyi pulak tapi ye lah itulah yang aku nak katakan. Manusia penuh dengan lakonan. Masing-masing nak rebut takhta DRAMA KING/DRAMA QUEEN yang kadang-kadang takda nilai pun pada Allah. Masa aku terbuang banyak, melayan lakonan ini. Melangkahnya keluar aku dari daerah ini, drama baru akan bermula. Moga kali ini Allah redha. Aminn..



DUHAI PUJAAN HATI



(¯`•.¸*Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh*¸.•´¯)


ღღ DUHAI PUJAAN HATIღღ

***
Tak kusangka aku menemukanmu
Tak kusangka aku mengagumimu
Tak kusangka Aku terlarut dlm imajiku . . .

Berikan hatimu padaku
Agar aku dpt menghiasinya dg mimpiku
Agar aku dpt memegang dg segenap tulusku
Agar aku bs merasakan bahagiamu
Jg sedihmu ,.Agar aku bisa mjd bagian dirimu . .

Aku tak tau
Berapa pantas kata2 ini kuhidangkan untukmu
Aku hanyalah bayangan dr rona masa depan
Yg terseok2 dlm pencarian kesetiaan
Aku hanyalah kerinduan
Yg tlah kau suburkan dg halusnya tutur sapamu . . .

Andai para penduduk langit mengintip hatiku
Mungkin DIA akan menceritakan padamu
Bahwa lukisan dinding hatiku tlah ku pajang di samping senyummu
Anak2 berlarian bercanda dlm belaian
Kau menatapku dan sejuk benar2 menerpaku
Dalam gubuk kecil penuh cinta . . .

Kukabarkan cerita ini padamu
Agar kau tahu betapa aku damai bersamamu
Damai dlm naunganmu
Damai dlm canda tawa
Sejak kata2 ini msh berupa bahasa
Hingga cinta sudi satukan kita
Satu utk selamanya....

(¯`•.¸*Aamiin allahuma Amiin*¸.•´¯)


(´'`v´'`)✽✽ UHHIBBUKUM FILAH ✽✽
`•.¸.•´`) *¨*¤.¸¸¸.¤*¨*.¸¸¸.¤*¨*
.¸.•´¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´Salam santun penuh cinta kasih

Muara hati


Assalammualaikum w.b.t.. Lama kan tak kepoh-kepoh sini. Maaf la keadaan tak berapa baik sejak dua menjak ni. Rasa macam nak lari jauh-jauh ja pada orang tapi aku masih perlukan orang untuk bangkitkan semangat hidup aku. Syukurlah ada insan yang sanggup bersusah payah demi aku. Harap Allah membalas dengan kabulkan doa dia selama ini. Itu ja yang aku mampu lakukan, BERDOA.


Pergi jauh..
Rasa tu sering aku rasa bila ada masalah. Memang dari kecik aku tak pernah luahkan apa yang terbuku kat hati. Jika luahkan pun, yang paras-paras hidung tu. Lain, aku simpan tak pun luahkan pada Encik Dinding. Pergi jauh bukanlah maksud aku nak pergi mengembara ke tamadun lain, tapi jauh pada orang terutama yang bagi aku masalah yang pada asalnya punca dari aku. Dia saja tambah-tambah lagi bagi aku merana (la konon). Nak merana apa la sangat, Allah ada kan. Aku yakin ujian tu semuanya manis-manis belaka. Dari ujian atas diri kita, kita dapat kenal siapa kawan siapa sawan. Siapa sanggup bantu siapa diam membatu. Siapa rela mati siapa sakit hati. Alhandulillah, aku dah dapat jawapannya.


“Jika seseorang itu di uji, bukan dia sahaja di uji malah orang sekelilingnya juga turut di uji. Senyumlah, kerana kamu tak keseorangan.”




Tolong..
Ada orang yang sanggup tolong kita. Tapi tolongnya ada 2 sebab. 1 ikhlas, 2 harap balasan. Mohon jangan begitu. Ikhlaslah jika menolong. Anda tak akan rugi apa-apa jika ikhlas. Tolong ada banyak cara kan, jika tak mampu dari segi material, gunalah cara mental. Bagi dia semangat, bagi dia idea, bagi dia nasihat dll. Mudah bukan.



“Lebih baik buruk siku dari buruk perangai.
       Lebih elok lagi, jangan jadi buruk siku dan buruk perangai.”





Selesai..
Semua orang nak masalah dia selesai dengan mudah, aman dan bahagia tanpa ada hati yang terluka mahupun SENTAP. Tapi bagaimana? Saat itu, sikap TOLAK ANSUR amatlah diperlukan. Tak salah jika mengalah tapi sila lihat keadaan. Jika anda di pihak yang benar, BAIK JANGAN! Nanti orang pijak jari. Bila dah berani pijak jari, mulalah nak pijak tangan. Pastikan sebelum sampai siku, anda dah sikukan dia ye. Hahaha. Allah ada. Dah letih aku nak ulang tayang benda ni. Yakinlah padaNya kerana Dia sebaik-baik Pemelihara.





Sekufu..
Encik Xia selalu pesan pada aku, banyakkan SELAWAT NABI, ZIKIR, SOLAT SUNAT, BACA QURAN. Aku pun tengah cuba nak betulkan semula perjalanan hidup aku. Kerana SAYANG DAN CINTAKAN ALLAH, aku paksa jugak hati. Ia lebih baik dari paksa hati untuk buat benda “tak elok” tu. Berfikir beberapa kali. Layak ke? Sesuai ke? Fikir lagi. Ahh itu bukan urusan aku. Aku cuma perlu DOA, USAHA dan TAWAKAL. Memang la Encik Xia tu “SUPER”. Aku pulak “POWER’ haha. Power apa? Power rangers lah. Aku yang kaler putih tu. Sekurang-kurangnya timbul jugak berbakul-bakul rasa hormat pada dia. Zaman sekarang, suami suka sangat ikut cakap isteri (pindah tamadun jap).) Bila di tanya, bilangnya sayang. Sayang ke garang?? Boleh sayang isteri tapi berpada-padalah. Ni dengan suami boleh main tinggi-tinggikan suara. Apakah?  *takut*


Jadi,

Apa yang boleh aku simpul-kasih-kuih-raya untuk masalah@ujian yang menimpa aku kalini adalah


SEMAKIN BANYAK UJIAN, SEMAKIN BANYAK INGAT ALLAH.


Wasalam.

5 tempat dalam 1 negara


Assalammualaikum, selamat pagi semua.. pagi ni ada anak dara tu rajin la pulak. Bangun awal, lepas solat subuh, dia tak tidur. P iron baju pastu sapu sampah ngan masak bekal sendiri. Nampak sangat selalunya malas haha. Apa daaa..

Okeh, kalau haritu aku wat senarai 5 benda @ keperluan asas hidup aku (hehe) kalini nak buat 5 tempat @ Negara yang bukan aku sorang ja nak p. kalau Tanya tu mesti 1 kampung nak ikut jugak. 




1. Indonesia

Macam nak pulang pada tempat asal usul aku je herherher. Yeaa.. aku punya nenek orang sana la. Kenapa Indonesia? Sebab dekat. -_-
Aku ni gayut (gayat) jadi aku tak yakin bahawa aku mampu berada dalam kapal terbang untuk satu tempoh masa yang lama. Oh peh-liz la Tina, kalau takut macam mana nak travel? 
Ok, ni 5 tempat dekat Indonesia yang aku sangat nak pergi..



1.Pulau Merah Banyuwangi


2. Bali


3.Raja Ampat


4.Yogyakarta


5.White Sand Beach, or Pantai Pasir Putih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


2. Korea (disebabkan Korea terbahagi kepada 2 jadi aku ambik bendera yang selalu aku tengok la haha)

Kenapa Korea? 
Sudah tentu la jawapan dia pengaruh cerita Korea haha. Aku takde la fanatik sangat ngan drama tu cuma fanatik dengan keindahan tempat dia je. 
Waa terbang ke Korea jap~~



1.Seoul


2.Gangwon-do


3.Gyeonggi-Do


4.Jeollabuk-do


5.Jeju-do

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Haa cepat teka, ni mana punya bendera. Tett masa dah tamat. AKu pun baru taw harini haha. Ni la bendera Jordan. Kenapa Jordan? Adalah sebabnya..


1.Jordan Villey & The Dead Sea


2.Aqaba


3.Jerash


4.Irbid


5.Leisure and wellness

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(bersambung..)


















5 benda~keperluan hidup aku

Salam.. yeah kembali ke ruangan berangan-angan mat angan aku.. kali ni benda yang berkemungkinan kecik aku akan dapatkan haha.. kenapa kecik? sebab benda-benda ni orang yang tak putus asa ja akan dapat...





1. Rumah

Rumah 2 tingkat dan mempunyai 1 ruang dimana dindingnya dari kaca kalih peluru. haha bongok je. Ruang tu mungkin di dapur. Kemudian sebelah dapur ada kolam ikan. Jadi senang aku nak mengai ikan nak masak untuk Hubby aku. Kolam penguin pun tak pa tapi takut aku tak masak la dok men ngan penguin ja.



2. Bilik tidur

Semua manusia suka tidur. Tapi ada la sesetengah yang tak suka. Mungkin berpenyakit la tu kot. Lantak dia la kan. Bilik tidur sangat penting bagi aku kerana disitulah tempat dan ruang dimana aku mencari ilham. Sebenarnya tidur. 
Ruang bilik aku tak maw semak-semak ngan perabot macam bilik aku sekarang. Cukuplah ada katil, meja kecik, almari solek DAN, mempunyai ruang yang luasnya macam padang bola. Eh luas sangat. Macam padang hoki pon ok la.. Amannya rasa..



3. Kereta

Aku pun tak pasti sejak bila aku suka Camry ni tapi memang sampai la ni aku nak
Camry. Tak kira la nak kata apa pun, aku nak Camry!!



4. Laptop

Cik Macbook. Kenapa? Sebab aku suka Apple (buah) kot.. Memang niat nak Macbook ni sejak aku taw yang ada  buah Apple tak boleh makan tapi suku dah hilang. Tak paham? Cer tengok logo Apple tu.



5. Handphone

Acung!! Apa Acung tu? Acung tu nama samaran bagi Samsung la. Dalam banyak-banyak keluaran Samsung, aku tertarik dengan Samsung Ace Plus kaler putih. Apa yang bekenan tu aku tak tahu tapi aku rasa hp ni yang dok bekenan kat aku. =.=



رزق


Assalammualaikum.. pagi-pagi dah telan kue raya, rasa macam nak demam je. Kerana, aku lapar nasi bukan kue raya hihi. Tapi Alhamdulillah, ada jugak rezeki pagi-pagi Isnin yang serum ni (bukan suram).

Sebut pasal rezeki, mesti anda-anda pernah dengan peribahasa “Tuah Ayam Nampak Di Kaki. Tuah Manusia? Boleh Makan Ayam!” err takda lah.. bukan itu k adik-adik. Korang jangan ambil ajaran-ajaran sesat kat blog ni tau. Merana hidup nanti. Peribahasa yang betulnya ialah “Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia Siapa Yang Tahu.” Haaa maksud dia lebih kurang “Tiada Orang Dapat Meneka Untung Malang Nasib Seseorang.”

Apa kena mengena ayam dengan tuah manusia? Itu lah, yang atas tu. Tuah manusia boleh makan ayam. Haha. Tuah aku, bertuah punya budak. Itulah ayat mama aku selalu cakap bila aku wat nakal-sikit. Ini bukan kira mulut mama aku masin ke, mulut jiran aku tawar ke tapi ini kehendak Allah. Apa mak kita cakap kat kita, itu semua doa tau.

Apabila hilangnya seorang insan yang bergelar ibu di dunia ini , maka hilang lah juga satu nikmat Allah iaitu doa seorang ibu.”

Jadi, untuk bakal-bakal ibu dan mungkin anda seorang ibu sekarang, sila cakap benda yang baik-baik kat anak anda. Jangan sumpah seranah dia bukan-bukan. Dah la korang sumpah dia, jadi betul, korang kata memang ko macam tu kan?? Kamon lah.. sedar tak sedar, itu mungkin salah satu doa (kata-kata) korang satu masa dulu. Latih diri (terutama mulut) untuk cakap perkara baik-baik. Kalau ye pun nak marah anak, guna bahasa kiasan yang indah macam “Wahai anak ku yang baik hati, ibu dah letih nak kemas rumah. Janganlah dikau sepahkan mainan mu wahai anak ku. Kalau tak ibu bako je mainan tu. Kalau tak nak ibu bako, adik pergi kemas k.” (sambill wat muka serius). Biar la anak anda nak gelak guling-guling ke, sampai pengsan ke. 40 kali anda sebut benda tu dan diselang seli dengan cubitan manja, pasti dia mengerti jua.



..lari tajuk la..

Encik Amry idaman hati.. hikhikhik (itu bkn ketawa, tapi sedih)
Bila boleh dapat tak taw.


Ok, sekarang nak jadi diri aku pulak, bukan seorang ibu sebab benda tu lagi 2 tahun ok. (aaminn)
Satu ketika dahulu, tak da la dahulu sangat kan tapi dah lama la jugak. Aku pernah beria-ia sangata minta Allah kurniakan apa yang aku dapat sekarang ni. Bersungguh-sungguh aku minta pada Allah. Bila dah dapat, aku happy. Kadang-kadang lupa sapa yang bagi semua tu. lupa nak ucap syukur. Teruknya aku. Aku pernah hilang “rezeki” aku. Lepas hilang baru aku sedar, semua tu bukan milik aku. Milik Allah S.W.T. jadi, lepas pada tu aku tak terlalu berharap pada manusia untuk bagi aku apa aku nak sebaliknya aku doa pada Allah.

Indah. Itu yang aku rasa saat doa aku dimakbulkan Allah. Banyak benda yang aku dapat sekarang hasil Doa yang bertahun-tahun dulu, doa bulan lepas, minggu lepas dan segala bagai. Bukan nak riak ka apa tapi aku nak sampaikan bahawa kalau korang nak apa-apa, korang hajat sangat nak benda tu, minta pada Allah. Dia akan bagi, adakalanya lebih baik dari itu. Tapi bila dah dapat, jangan lupa diri. Kadang-kadang Allah nak uji je.

Pesan pada diri, jika benar ini rezeki aku, tolong jangan lupa diri. kawan-kawan, aku masih Suhaida yang korang kenal dulu walau apa pun aku waktu itu (waktu korang jumpa aku lah nanti.
Rezeki ada dimana-mana, doa, usaha, ikhlas, tawakal.
Allah.. bahagianya rasa.






~mesej ucuk~





 Moga aku boleh la jadi “Telaga Di Bawah Gunung” nanti. Hehehe 

Pos kan lah



  • Kirimkanlah dia untukku..
  • Dia yang menenangkan hatiku..
  • Dia yang selalu menjaga keimananku..
  • Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
  • Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar..
  • Dia yang membuatku menangis karena takut kepada-Mu..
  • Menjaga Agama-Mu..
  • Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
  • Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya.,..
  • Dia yang tak pernah meninggalkan sholat..
  • Dia yang selalu berbicara sopan..
  • Dia yang selalu bijaksana..
  • Bantu hamba ya Allah..
  • Bantu hamba untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik..
  • Wanita yang menjadi pilihan..
  • Wanita yang selalu memberikan keteduhan..
  • Karena aku menginginkan kebaikan..
  • hanya untuk-Mu dan hanya di jalan-Mu..
  • Jauhkan hamba dari segala sifat yang buruk ya Allah..

Pre Order Korea Authentic MINI

Assalammualaikum, nak promot barang baru yang aku jual... hehehe

Jemput jengok  Facebook saya <~~ klik sini k tawan-tawan

Ni antara jam yang ada.

The Japan Mini Fimo hand for watches

Watch Japan handmade polymer clay craft, fashion cartoon portfolio

enjoy your watch time 0v0

"Fimo" but an artificial low temperature polymer clay. Also known as [painted pottery and also called BBQ clay]. Initially popular in Taiwan. "Fimo" title is followed now called Taiwan. The 1930s, when the German sculptor to create this material, because it has a high degree of ductility and plasticity pattern like ten million flowers as colorful and splendid, fully meet human creation on behalf of the desire, quickly swept across Europe.Later pass into the United States, Japan. Until today, the [polymer clay] is still the craft sector DIY (do-it-yourself) a family favorite. Fimo English name most often see the word [POLYMER CLAY]. Can be aggregated, molded into a variety of ever-changing pattern and shape, no wonder some people predict, Fimo] will be the 21st century's most fascinating process material. ! !

The beyond design sense of a group of cartoon watches. .
Simple, stylish enough to tide. . 
Wear very suitable Cute girls. 
With the different costumes preferences, there must be a right for you. .

Watch the pattern is refined handmade polymer clay imported from Japan. . 
Very nice, definitely not ordinary imitation goods can be compared to the work. .







~mesej ucuk~








#20 orang diperlukan untuk beli jam ini dan harganya jauh lebih murah dari harga yang tertulis itu.. ^_^ jum kumpul kawan2 beli jam ni kalau nak harga murah.. dibuka dari 15.10.2012 hingga 15.11.2012 sahaja.



Baju labuh warna hitam ada lace


Salam.. (sengeh) hai tawan2 (kawan2).. HAppy nak tidur da ni. Semalam belek2 kat Facebook ada jumpa 1 baju yang menawan kalbu (aku sahaja). So harini dengan tiada malu, aku mesej akak tu cakap nak beli baju tu. Poyos jugak mesej aku hantar kat akak tu. TungguuuuUUUuuUUu3, akak tu balas cakap baju tu ada lagi stok. (YESS!!!) nyot-nyet-nyot-nyet.. Habis.. So harap2 baju tu sesuailah dengan saya yang "kecik" ini..


Tang mana yang hang suka sangat tu?
Tang warna ngan ada lace :)
Gothic maaa

~mesej ucuk~




saye memang suke Gothic :))


Best ke jual online?


Assalammualaikum bakal makmum dan imam jodoh korang.. hari ni hari Sabtu, half day keje. Macam rugi kan. Datang melangut *akceli online* pastu pukul 1, balik. Macam takde life. Acewah.

Sekarang aku tengah sebok *sebok la sangat* upload gambar barang2 yang aku cuba tolong orang jual. Ermmm pelik je. Ok, dalam erti kata lain, jadi agen untuk memasarkan barangan (agen dropship). Aku memang minat meniaga. Kalau boleh macam2 aku nak meniaga. Dari barang sekecil2 barang sampai sebesar2 barang. Tapi yang paling aku nak jual mestilah AISKRIM. Nape aiskrim? Sebab aiskrim sedap.

Ni link Page aku, jemput like  kalau nak tengok barang apa aku sebok sangat nak jual. (Pre Order sahaja)




Ni pulak link akak comel (kakak-alam-FB aku) yang menjual barang macam beg, baju awek-cun-bajet-Korea dan lain-lain.



Sapa lagi yang nak bagi link perniagaan dia, boleh tinggalkan kat komen bawah tuu. Aku ni rajin gak membeli. Mana la tahu terminat dengan barang yang korang jual.


Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan

Salam bunga-bunga cinta. Aku tak leh la tengok Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan ni. Sweet je. Dah la sorang cantik gebu, sorang lagi ncem gebu. So gebu kuasa dua la diorg ni haha.. bila tengok lama-lama, mula nak berangan.. hahh.. biarlah aku je tahu apa yang aku berangan sangat tu.. korang layan video-video bawah ni ok.

NIE MASA BERTUNANG




INI PRE-WEDDING




INI NIKAH



LATIHAN INDUSTRI

Salam.. huh (marah) tiba-tiba rasa malas nak Meneruskan (hayat ini) LI ini. Tak boleh blah la CM sini. Dah la cakap bahasa asing, arahan bagi pun ke laut je. Kalau cakap tak paham, dia marah-marah kata “you ta fahaem I cakap.” Memang la kami ta fahaem sebab BM kau fail Mr.CM… Sebagai balasannya, sudah pasti markah LI aku dia bagi rendah. Oh peh-lisss la. Jangan nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak betul. Tapi, DIA KAN BOSS!! *hade aku kesah?


~mesej ucuk~

Selamat ada Encik Jang Guek Suk

Bakal kehilangan kamu

KENALKAN..


YAYA

DAN

RECA

Dan aku bakal kehilangan mereka ini bila-bila masa sahaja dari sekarang. Reca aku dah koma. Yaya aku dah nazak. Sedih bertalu-talu menimpa diriku..

Bagaimana meneruskan hayat ini tanpa mereka??