7 Rahasia Utama Dalam Pernikahan

(¯`*•.¸♥Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh♥.•*´¯)


♥♥¸.•*´¯)
✰✰ 7 Rahasia Utama Dalam Pernikahan ✰✰
♥♥¸.•*´¯)





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


✰✰
7 rahasia utama dalam pernikahan.

1. Sunah para nabi dan rasul

Pernikahan dianggap sebagai salah satu dari sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang artinya,

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami jadikan mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

2. Keturunan

Karunia nikmat Allah kepada hamba-Nya agar melalui pernikahan akan lahir pula keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah

Pernikahan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah dari agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diridhai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadits dari Rasulullah SAW berarti,

“Bila telah menikah seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi. ”

4. Bertanggung jawab

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggung jawab terhadap istri dan anak-anak karena Allah menjamin rezeki mereka.

Ini diperkuat oleh hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang artinya,

“Siapa yang meninggalkan pernikahan karena takut kemiskinan maka ia bukanlah dari golonganku.”

5. Memelihara martabat

Sebaik-baik jalan untuk memelihara martabat kesopanan diri seseorang adalah melalui pernikahan. Rasulullah SAW bersabda,

“Wahai para pemuda, barangsiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia menikah, karena dengan berbuat demikian dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatannya. Siapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (syahwat). ”

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga

Melalui pernikahan wujud disiplin rumah tangga melalui distribusi tugas suami istri, ubu dan bapak yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Catatan ini untuk : yang sudah menikah, yang baru saja menikah, yang sedang mencari...


Semoga bermanfaat InsyaAllah...


✰✰ Uhibbukum Fillah ✰✰

(¯`v´¯)
`•.¸.•´ ♥Salam santun penuh cinta karena Allah♥♥


♫Jazzakumullahu khairan khatsiran♫
♥♥Wa baarakallahu fikuum♥♥

Kisah pemuda Soleh yang tertarik dengan pesona seorang pelacur

Assalammualaikum..

Nak share post dari seseorang.

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM..



Kisah pemuda Soleh yang tertarik dengan pesona seorang pelacur...

Alkisahnya, pada zaman umat terdahulu ada seorang perempuan yang menjadikan zina sebagai pekerjaannya (pelacur). Dia mendapatkan wang dengan melacurkan dirinya. Dia sangat terkenal dengan kecantikannya yang menawan yang menyebabkan dia mashur di banyak daerah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki yang tertarik kepadanya. Di waktu yang sama ada seorang pemuda yang rajin beribadat mendengar cerita tentang pesona wanita tersebut dan tertarik kepadanya. Pemuda tersebut juga berangan-angan untuk menikmati kecantikan wanita tersebut. Kerana bayarannya terlalu mahal, pemuda itu bekerja keras siang dan malam demi mendapatkan wang untuk membayar perempuan itu. Akhirnya pemuda tersebut berjaya mendapat wang yang cukup untuk membayar kecantikan perempuan itu lalu pemuda itu pergi menemui perempuan itu.

Tentu saja perempuan itu merasa gembira ketika didatangi pemuda yang terkenal rajin beribadat dan tampan itu. Dia merasa bangga kerana kecantikannya mengatasi keteguhan iman seorang pemuda yang rajin beribadat. Dia menyambut pemuda itu dengan sebaik-baik sambutan. Ketika mereka di dalam bilik yang tertutup dengan pintu dan jendela yang terkunci rapat, dan pemuda itu boleh melakukan apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki terhadap wanita itu. Tiba2 pemuda itu teringat kepada Allah. Teringat bahawa Allah melihatnya. Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan dilakukannya. Wajahnya tiba2 menjadi pucat kerana dia sangat takut kepada Allah. Perempuan itu terkejut melihat wajah pemuda itu tiba2 menjadi pucat lesi tidak berdarah. Perempuan itu menyangka pemuda itu sangat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berdua-duaan dengan perempuan. Maka perempuan itu berusaha utk menenangkan pemuda tersebut.

Tetapi pemuda itu malah semakin pucat dan menggigil ketakutan. Dengan tergagap-gagap pemuda itu berkata, “ Di kantung ini ada ratusan dinar, yang aku kumpulkan dengan bermati-matian selama berbulan-bulan. Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu. Kini aku sudah ada dihadapanmu dan kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku inginkan selama ini. Akan tetapi jika aku melakukannya maka Allah akan murka kepadaku dan pasti menyediakan neraka untukku. Aku takut kepada Allah dan aku tidak mahu kenikmatan sesaat yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.”

Pemuda itu meletakan kantung wang itu di hadapan perempuan jelita itu lalu melangkah ke pintu.
Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah didengarnya. Selama ini tidak ada pemuda yang dapat mengawal dirinya apabila berdua-duaan dengan dirinya. Tetapi pemuda itu dapat berkata-kata dengan seyakin itu. Perasaan takut pemuda itu telah mengalahkan sihir pesona kecantikan yang dimilikinya seolah-olah dirinya tidak ada harga sama sekali di mata pemuda itu.

Pemuda itu telah meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata kerana takut kepada Allah. Pemuda itu malu dengan dirinya sendiri lalu membawa diri pulang ke kampong halamannya. Di kampungnya dia beribadat siang dan malam kerana dia merasakan dirinya telah melakukan dosa besar meskipun dia belum berzina. Namun dia telah menghampiri zina. Bahkan dia sempat berazam untuk berzina dengan pelacur cantik itu sehingga sanggup bekerja keras berbulan-bulan untuk mendapatkan wang agar dapat berzina dengan pelacur tersebut. Dia menangis penuh penyesalan dan beribadat sebanyak –banyaknya sebagai penebus dosanya. Akhirnya pemuda itu meninggal dalam keadaan sedang menangis dan beribadat kepada Allah SWT.
Sejak kejadian itu perempuan tersebut sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yang dimurkai Allah. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya tentang kemurkaan Allah terhadap dirinya. Semenjak itu perempuan itu tertaubat dan menangis siang dan malam kepada Allah. Lantas dia berazam untuk mencari pemuda tersebut dan berhasrat untuk menikah dengan pemuda tersebut. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yang akan membimbingnya beribadat kepada Allah.

Setelah sekian lama mencari pemuda tersebut. Dia mendapat tahu bahawa pemuda tersebut telah pulang ke kampung halaman dan perempuan itu menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah.
Teringin sangat nak berpurdahnye...
Harap dapat suami yang boleh bantu kearah itu lah.
InsyaAllah...
Namun pemuda itu mempunyai saudara yang juga rajin beribadat yang akhirnya menjadi jodoh perempuan tersebut. Perempuan itu telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya.

Dari pernikahan dengan ahli ibadat itu, perempuan bekas pelacur itu melahirkan ramai anak2 yang semuannya diangkat Allah menjadi nabi. Dari rahim perempuan itu, kini berisi kalimat2 thayyibah telah melahirkan manusia2 mulia yang dipilih Allah sebagai nabinya.


Ini adalah kisah kisah benar yang terjadi kepada umat terdahulu. Menjelaskan kepada kita bahawa sebesar mana sekalipun dosa seseorang itu jika dia benar2 bertaubat dengan bersungguh seperti perempuan itu maka Allah akan menerima orang itu dengan penuh pengampunan dan kasih sayang. Bahkan Allah tetap memuliakan hamba-hambanya yang sedia bertaubat kepada-Nya.

Terima kasih pada orang yang share cerita ni.