KALAU JATUH LAGI, APA NAK BUAT?

Seperti yang telah terjadi pada tanggal 18 Disember 2021, banjir besar melanda Shah Alam dan Padang Jawa turut terlibat. Lepas kejadian tu, bisnes aku pun makin menurun-menurun-menurun sampai rasa totally give up. Tapi darah keushawanan mengalir dalam tubuh ni cakap "DONT GIVE UP TEENA!"







Tahun 2023 baru aku start balik aktif sepenuhnya. Untuk peringatan sendiri, aku kena taip macam mana cara aku start dulu meniaga & macam mana aku cuba bangkit kali yang ke berapa ratus tak tau lah. Supaya.... kelak kalau jatuh lagi, aku dah ada module nak rujuk hikhikhik!


  1. LAYAN DULU PERASAAN : Kalau dah mula rasa nak give up tu,layang ja dulu sebab otak tengah serabut tu. Hati pun tak tenang. Jadi kalau masa ni dok pulun jugak nak buat apa-apa memang kelaut dalam jadinya nanti. Cumanya jangan lama-lama. Cukup 1-3 bulan rehat. Rehat bebetul ya time ni. Kasi jernih balik pikiran.

  2. CARI LEADER YANG JUAL BANYAK PRODUK : Cari leader besar yang ada jual pelbagai produk supaya boleh jadi dropship barang viral. Kenapa barang viral? Sebab nak order laju & boleh cepat kumpul modal balik. Kalau jual barang tak berapa laju permintaan, lambat la nak boleh untung. Benda kalau dah biasa cepat, tiba-tiba lambat, dia macam cepat bosan tau.

  3. RAJIN PROMOT SAMPAI SENDIRI RASA NAK MUNTAH : Kena buat konsisten supaya orang nampak kita walaupun jatuh, tapi kita tak stop ya. Kita malah pulun lagi walaupun pakai gambar leader ja hahaha. Sokay, janji meriah wall. Buat-buat-buat sampai boleh pegang stok sendiri. Jadi dropship ni jimat. Tak payah beli bubblewrap, kotak, sticker thermal la bagai.

  4. JAGA DUIT KELUAR MASUK : Bila dah berjaya ambik stok dekat tangan, jaga cash flow. Awal-awal tu normal lah lari timing sikit but cuba ya untuk jaga. Kalau ada hutang, setel siap-siap dulu hutang awal-awal ni. Modal jangan kacau, bayar pakai duit untung ja dulu. Konsistem ambik stok kuantiti sama ja takyah rushing-rushing. Kita tengah jaga diri kita sendiri ni, bukan pandangan orang, bukan pendapat orang.

  5. CARI TEAM SEMULA : Kalau dah ada stok kat tangan, boleh start ambik team. Tak perlu ramai-ramai pun. Bagi ada ja dulu. Depa nak aktif ka dak tu terpulang. Yang penting SPAM GROUP TEAM SAMPAI LEBAM~  Bila depa dah lebam, depa pun akan auto aktifkan diri sendiri. Yang kebal, abaikan huhu.

  6. MARKETING 24 JAM ON : Yang ni nadi bisnes. Keep promoting your products & your brand. 

  7. JANGAN TERLALU MENGENANG MASA LALU : Sekarang fasa baru dalam bisnes. Fokus saja yang baru. Yang lama sekadar tengok yang bahagia-bahagia & yang buruk ambik buat peringatan. Jangan ulang benda buruk banyak kali. Hat elok-elok, fokus & kembangkan bagi lebih baik.

Teruntuk diri sendiri, hang memang tau hang jenis susah nak give up pasal bisnes. Otak hang memang 24 jam onz idea baru. Otak hang memang dilatih cari solusi macam mana nak terus bertahan dalam kesulitan bisnes. Sebab bisne shang ni dalam circle hang saja. Dia tak masuk circle orang macam kerja makan gaji. Jadi hang sendiri yang control semua benda. Kalau terbabas tu sebab hang sendiri tak pandai control. Jadi beringat semua benda yang besa jadi. Elak kalau jumpa lagi benda yang sama. Plan siap-siap apa nak buat kalau benda tu jadi lagi.

Hidup memang takdak peluang ke-2 macam drama Korea tapi kesempatan, selagi bernyawa, tetap ada. Bila nak mula, itu atas diri sendiri.

Love,
Thenarich

Semalam yang hangat

 



Semalam, ntah macam mana orang itu tergerak hati nak DM aku dekat Instagram tanya


"Sejak bila ada split personality ni?"

Aku jawap la "dah lama tapi mungkin tak perasan."

Pastu dia sambung"dah ada anak belum?"

Aku balas "xdek"


Boleh dia balas

"Cepat-cepat le buat anak"

"Boleh hilangkan sunyi"

"Hilangkan split tu"


Like damn mannn! Apa benda hang ni? Hang sapa nak kata aku macam tu? Hang tau ka aku sekarang dalam keadaan yang macam mana?


Ok sambung,aku balas "yeke? macam lagi serabut ja"

Dia buat muka ðŸ™„ pastu kata bukan dulu awak tu suka budak-budak ke

Aku balas " macam budak-budak yang suka saya ja ðŸĪ”"


Start ni dah annoying beb dia balas

" Yeke"

"Budak-budak 17 tahun ke atas maybe la"

"Duk menggatai"

"Awak duk melayan"

😑

Memang masa tu pakwe aku bawah umur dari aku tapi attitude dia lagi elok dari hang kot bro. Mulut dia takdak la bebal macam hang. Sampai sekarang dia hormat aku tau.


1. kenapa nak persoalkan penyakit aku tu? tanya khabar cukup lah.

2. tiba-tiba nak suggest ada anak cepat bagi hilang sunyi. hang ingat sakit aku ni sakit sunyi saja kah? lepas ada anak aku tak sunyi gituuu? ðŸ™„ tak tahu keadaan orang jangan buat palatauu

3. kenapa kalau aku layan budak-budak 17-18 tahun ke atas? salah ka? umur aku pun 20-21 tahun je masa tu. jeles sebab budak tu layan aku lagi baik? sebab dia budak bagus la dia buat macam tu. bukan maki orang tanpa tahu benda sebenar pastu nak play victim.


Dah sentuh hal peribadi orang pastu tanya saya ada buat salah ka?

Bruhh! Guna otak sikit boleh tak?

Pastu gila dok request nak follow orang balik ðŸĪŠðŸĪŠ

Mampos p kat hang lah!

Cerita hujung tahun 2021


Wahhh  lama betul tak menaip dalam ni ya. Tak tahu nak cerita apa hahaha. Dulu ya la banyak cerita bebas boleh nak taip. Lani dah kahwin dia macam kena tutup banyak benda, sorok banyak benda sikit. Kadang bila kita start menaip ni banyak benda nak taip. Takut tertaip benda tak sepatutnya pulak. Nak-nak aku jenis takut dengan pandangan orang. Dia ni perangai buruk ni p tulis pasal k-pop tak padan ngan kawin dah, dia ni tak sedar diri ni macam budak-budak lagi padahal dah boleh jadi mak budak blablabla. Paham dak maksud aku? Eheheh.


Since sekarang dah hujung tahun 2021. Kita pun dah hidup dengan covid-19 ni dah 2 tahun dah, banyak sangat benda berubah. Aku paling malas bab urusan luar macam kena p bank beratur panjang. Tutup pulak awal. Sampai harini aku tak p peridup kad debit aku. Pastu banyak benda yang boleh urus dengan online ja, yang ni aku suka la sebab jenis tak suka menghadap orang kan hahahha.


Bab bisnes lagi la. Sat normal sat dak. Sat mai mood kelaut memang jahanam bisnes aku. Punca dia terlalu nak ikut jadi macam orang. Last-last aku yang serabut. Tahun 2022 dah atur plan baru. Malas dah nak buat team-team ni, aku jadi pengedar ja la. Sapa nak barang, daftar pastu ikut la nak majukan bisnes sendiri macam mana. Aku bantu basic ja. Janji jangan mai harga dah la.



Pencapaian sepanjang 2021..

Dah ada rumah sendiri. Beli Desktop baru hahaha. Berjaya bangun dari tidur yang panjang. Berani kata TIDAK pada benda yang tak puaskan hati sendiri. Berjaya naikkan berat. Ni palinggg hampeh hahaha BYE!



Success

Assalammualaikum hiiii. Apa khabar semuanya? Lama sangat dah tak menulis dekat blog ni kan? Busy study kalini lain macam sikit. Alhamdulillah sekarang dah praktikal, jadi masa nak hadap assigment semua tu dah takda hihi.

Sejak dua menjak ni banyak baca dekat facebook tentang kejayaan seseorang dari zero to hero. Jadi terinspirasi pulak bila baca kisah mereka yang berjaya sekarang ni. Siapa tak nak berjaya kan? Tapi takat mana usaha kita untu capai apa yang kita nak, itu berbeza.

Related image

Nak kata kita ni berjaya tu belum lagi la rasanya, tapi kalau dah capai goal kecik-kecik tu, boleh dikira berjaya la jugak kan. Aku tengah berusaha jugak, untuk masa depan yang kian hampir ni dan semestinya untuk Thenarich. Aku tahu nak bangunkan satu-satu nama ni bukan senang. Nak orang ingat dan kenal "nama" ni sangat-sangat sukar. 

Sukar mana pun benda tu, takpa, kita hadap step by step. Mula dari bawah. Guna ja # atau "nama" kita tu dimana-mana. Macam aku, semua tempat aku letak Thenarich. Sampai budak-budak FPL boleh lak panggil Kak Teena Rich hahaha. Aku doakan ja dalam hati.

So, ya. Aku masih berusaha untuk menapak dan,
Terima kasih ya Allah, atas kehadiran insan-insan penting dalam hidup ini. 

Doakan aku.

Thenarich