KALAU JATUH LAGI, APA NAK BUAT?

Seperti yang telah terjadi pada tanggal 18 Disember 2021, banjir besar melanda Shah Alam dan Padang Jawa turut terlibat. Lepas kejadian tu, bisnes aku pun makin menurun-menurun-menurun sampai rasa totally give up. Tapi darah keushawanan mengalir dalam tubuh ni cakap "DONT GIVE UP TEENA!"







Tahun 2023 baru aku start balik aktif sepenuhnya. Untuk peringatan sendiri, aku kena taip macam mana cara aku start dulu meniaga & macam mana aku cuba bangkit kali yang ke berapa ratus tak tau lah. Supaya.... kelak kalau jatuh lagi, aku dah ada module nak rujuk hikhikhik!


  1. LAYAN DULU PERASAAN : Kalau dah mula rasa nak give up tu,layang ja dulu sebab otak tengah serabut tu. Hati pun tak tenang. Jadi kalau masa ni dok pulun jugak nak buat apa-apa memang kelaut dalam jadinya nanti. Cumanya jangan lama-lama. Cukup 1-3 bulan rehat. Rehat bebetul ya time ni. Kasi jernih balik pikiran.

  2. CARI LEADER YANG JUAL BANYAK PRODUK : Cari leader besar yang ada jual pelbagai produk supaya boleh jadi dropship barang viral. Kenapa barang viral? Sebab nak order laju & boleh cepat kumpul modal balik. Kalau jual barang tak berapa laju permintaan, lambat la nak boleh untung. Benda kalau dah biasa cepat, tiba-tiba lambat, dia macam cepat bosan tau.

  3. RAJIN PROMOT SAMPAI SENDIRI RASA NAK MUNTAH : Kena buat konsisten supaya orang nampak kita walaupun jatuh, tapi kita tak stop ya. Kita malah pulun lagi walaupun pakai gambar leader ja hahaha. Sokay, janji meriah wall. Buat-buat-buat sampai boleh pegang stok sendiri. Jadi dropship ni jimat. Tak payah beli bubblewrap, kotak, sticker thermal la bagai.

  4. JAGA DUIT KELUAR MASUK : Bila dah berjaya ambik stok dekat tangan, jaga cash flow. Awal-awal tu normal lah lari timing sikit but cuba ya untuk jaga. Kalau ada hutang, setel siap-siap dulu hutang awal-awal ni. Modal jangan kacau, bayar pakai duit untung ja dulu. Konsistem ambik stok kuantiti sama ja takyah rushing-rushing. Kita tengah jaga diri kita sendiri ni, bukan pandangan orang, bukan pendapat orang.

  5. CARI TEAM SEMULA : Kalau dah ada stok kat tangan, boleh start ambik team. Tak perlu ramai-ramai pun. Bagi ada ja dulu. Depa nak aktif ka dak tu terpulang. Yang penting SPAM GROUP TEAM SAMPAI LEBAM~  Bila depa dah lebam, depa pun akan auto aktifkan diri sendiri. Yang kebal, abaikan huhu.

  6. MARKETING 24 JAM ON : Yang ni nadi bisnes. Keep promoting your products & your brand. 

  7. JANGAN TERLALU MENGENANG MASA LALU : Sekarang fasa baru dalam bisnes. Fokus saja yang baru. Yang lama sekadar tengok yang bahagia-bahagia & yang buruk ambik buat peringatan. Jangan ulang benda buruk banyak kali. Hat elok-elok, fokus & kembangkan bagi lebih baik.

Teruntuk diri sendiri, hang memang tau hang jenis susah nak give up pasal bisnes. Otak hang memang 24 jam onz idea baru. Otak hang memang dilatih cari solusi macam mana nak terus bertahan dalam kesulitan bisnes. Sebab bisne shang ni dalam circle hang saja. Dia tak masuk circle orang macam kerja makan gaji. Jadi hang sendiri yang control semua benda. Kalau terbabas tu sebab hang sendiri tak pandai control. Jadi beringat semua benda yang besa jadi. Elak kalau jumpa lagi benda yang sama. Plan siap-siap apa nak buat kalau benda tu jadi lagi.

Hidup memang takdak peluang ke-2 macam drama Korea tapi kesempatan, selagi bernyawa, tetap ada. Bila nak mula, itu atas diri sendiri.

Love,
Thenarich

No comments:

Post a Comment