After Love

Assalammualaikum dan selamat malam. Dah pukul 12 la so selamat pagi hehe..

After love. Tajuk lagu FT Island. Tiba2 kpop lak an. Tapi pecayalah, satu ketika dahulu aku hafal lagu tu sebab sakit hati kat seseorang. Haha, teruk. Orang hafal Quran, aku hafal lirik. Korea pulak tu. Kaloh depan mama, mesti kena baling ngan bantal berat nak koma depan tv tu.
So, after ermmm 12, 13, 14, […] 20; 8 thun bercinta (secara tidak halal), tonight,aku sadar yang selama ni aku bazirkan cinta aku pada orang yang salah (maybe). Dan mungkin juga orang tu, orang yang betul cuma aku je tak tahu. Alaaa mesti dia pun tak tahu jugak aku ni bakal buah hati jantung pisang dia nanti.

Jadi tak yah la nak ngata aku sangat kan. Buta mata buta hati la, tak pikir perasaan dia la apa la. Awak rasa adakah wajib saya ni, yang bukan isteri awak, menjaga awak 100% ?? Ye, tang perasaan tu maybe la tapi erghhh layak ke saya?? Saya rasa bersalah pada bakal isteri awak dan sudah pasti suami hensem saya tu. Sorry sayang. Jika kamu baca blog ni sekarang, aku minta maaf ya kerna telah mendouble special blackpaperkan cinta kita walaupun kita belum tahu sapa "kita" tu.
Sayang, saat ini aku mula cuba menjaga hati aku. Cinta yang telah ternoda (muntahh...) ini aku cuba untuk sental bagi bersih balik. Walaupun tak baru, tapi aku akan buat dia jd BARANG BAIK. Hanya untuk kamu.


Ok, stop buat drama!


Rasanya belum sampai objektif aku lagi ni, jadi, bagi memudahkan kalian memahami jiwa sental aku ni, aku cakap terus terang lah ye. Aku menyesal bercinta di usia yang terlalu muda dan mentah walaupun umur aku dah nak masuk 21. Kenapa muda dan mentah? Sebab 1, aku still tak pandai nak menghargai pengorbanan seseorang. 2, aku terlalu ikut emosi dalam buat keputusan. 3, aku masih berdendam. 4, aku rimas bila ada orang take care sangat sal aku dan 5, aku masih tak tahu apa itu cinta sejati. Yang pasti, cinta itu untuk Allah, dan Dia akan hantar pada aku orang yang cintakan Dia juga. Kerana aku nak cinta itu kekal maka aku wajib mencintai Dia yang kekal abadi..


"Saya tak menyesal mencintai awak kerana awak adalah insan yang Allah hantar untuk saya. Saya cuma menyesal sebab saya tak tahu nak hargai awak dan (anjing tu bunyi lagi rrr... Nk tido ahhh!!!)"


Mohon maaf andai ada salah silap dalam kata2. Ni post dari hp je jadi saiz gambar agak keterlaluan. Nanti chek edit ye.


Bulan penuh malam ni.

Salam. Sebut sal bulan penuh, mesti korang bayangkan 2 benda. 1 seram, 1 lagi indah. Bagi aku, 2 2 benda tu ada. Seram,indah dan sakit. Aku pun tak paham sangat kenapa malam bulan penuh tu pasti aku terpaksa menanggung kesakitan.


~SERAM~
Semalam, dari petang, anjing dekat asrama aku ni asyik bunyi je. Makin malam makin kerap dia bunyi. Nak lagi seram, asrama aku ni dekat ngan kuburan. Sayup je bunyi. Macam dalam filem seram tu. Tapi aku cuba fikir +ve la. Mungkin anjing tu nampak malaikat or dengar seksa kubur. Emmm ye, betul la tu. Betul lah.


~INDAH~
Aku suka bulan. Dengan berlatarkan langit hitam, bintang berkilauan dan cahaya bulan yang kuning nala punya terang tu, huh gila lah.

I love u bebehhh (tengok bulan ngan suami)


~SAKIT~
Segala kesakitan selama tempoh tertentu akan aku rasa malam tu. Nak caya atau tidak, terpulang. Tapi aku dah pernah pesan, jangan jadi bulan yang bila aku pandang, aku rasa sakit a.k.a nak bertukar jadi monster la konon2 nya tu.. Benda betul. Cuba jauhkan kalau nak dekati aku....


Separuh Aku by Mr. Onion Head

klik la

Dan terjadi lagi
Kisah lama yang terulang kembali 
Kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani 
Aku ingin kau merasa
Kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia
Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Ku ada di sini
Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu di dekatmu saat engkau terjatuh
Aku ingin kau merasa
kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau pahami cintamu bukanlah dia
Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku 

Menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
Karena separuh aku dirimu


Bila rasa RINDU itu datang lagi (update baru)

#Sila baca post ni sambil dengar lagu ni <~~ (klik la)



Galak!!
Gedix rr tuu!
Couple? Haram lah.

Err maaf saudara saudari cikeboom2, maksud saya..

Eleh, macam la aku tak tahu perangai kau tu macam mana. Keje tuko laki je.

(koma 5 minit)

Maaf saudara saudari cikeboom2, when I speak, you listen, listen, listen. (terketawa)
Sebenarnya yang aku maksudkan tu ialah AKU RINDU ILMU ALLAH.

KENAPA??

Let me story to you lah ye, dulu aku ada kawan. Ramai nih,kawan-kawan. Tapi dalam ramai-ramai tu ada la 2 3 orang yang suka kongsi nasihat, tegur aku, kongsi ilmu agama. That why aku sayang diorang lebih (as a friends lah nokkk).
Aku ni an jenis dok bilik je. Pasti makhluk-makhluk diluar sana (luar rumah) merindukan aku yang ceria ni (pandang atas sambiil sengih). Dunia aku, hanyalah sebuah bilik, sebuah laptop serta broadband (dah arwah). Dari benda-benda ni aku merantau keluar dari kawasan jajahan (bilik) aku. Aku dapat ilmu, aku dapat kawan, aku dapat kekasih (hok alohh), aku dapat semualah, benda-benda maya ni. Bukan salah pun kalau layan maya (bukan nama sebennar) ni, Cuma kena bijak guna la. Cari benda berfaedah. Aku ni, nak kata baik sangat pun tidak, nak kata jahat, itu sudah pasti la. Sejahat-jahat aku, takda la menimbulkan masalah pada kucing, anjing mahupun ikan jerung (hok..hok..hok)

Kembali pada story, sesungguhnya aku tak mengerti, mengapa insan-insan ini meninggalkan aku. Kadang-kadang aku terfikir jugak, adakah niat aku salah? Niat mereka salah? Atau niat kami salah? Dan mengapa yang baik itu harus diakhiri dengan rasa kecewa, sakit hati, jangan coba merayu lagi dll.?? 
Sahabatku, aku mencintai kamu kerana ilmu yang ada pada mu. Maka bimbinglah aku yang ala-ala lalang dipadang terbiar ni. 
Ya, aku sedar kok, niat aku itu ada yang salah. Aku mengajak kalian ke arah maksiat (subhanAllah), jadi mengapa kalian tidak coba menghalang aku? Antara kita, aku yakin kamu yang lebih kuat imannya, kamu yang lebih banyak ilmunya. Tapi mengapa perkara itu harus terjadi. Aku sangat sayang akan hubungan itu. Mencari sahabat yang boleh memimpin sangat sukar bagi aku. Terpaksa tebalkan muka tembam aku semata-mata ingin bersahabat dengan kalian. Sukar, sangat sukar bagi orang yang muka nonsense macam aku.

Allah itu Maha Permurah Lagi Maha Penyayang. Dia gantikan permegian kamu dengan sahabat baru. Maka berulang-ulang dan ulang lagi lah perkara yang sama. Aku sedih kok. Tapi tak pernah putus asa. Aku tahu




Doa aku sentiasa untuk sahabatku. Meski kamu membenci aku, walaupun kamu tak hingin lagi nak berkawan dengan aku. Aku redha ya Allah. Semuanya datang dari-Mu, maka Engkau berhak menarik balik nikmat itu. (kesat-kesat hingus kat tuala)