Parties at my hand

Salam.. Halu.. bersua kembali kita hari ini hehehe.. tadi waktu belek2 album kat FB uh de la jumpa 1 album ARM PARTIES. Waaa terkenang kembali keinginan hatiku yang dah lama diperam. Apa benda ARM PARTIES tu? Dia lebih kurang macam ni:



Meriah tak tangan diorang dek non?? Aku memang teringin nak pakai gitu tapi sebelum ayah aku bebel (laki bebel? Sakit ati dengar haha) baik aku hentikan saja. Tapi agak2 kalau aku pakai gitu dengan abaya gini ok tak? Ada orang pasan tak? 










~mesej ucuk~


Hellooo wanita dengan perhiasan memang tak dapat dipisahkan, ok.

Disable Right Click

Bagi yang nak menuduh saya tanpa sebarang pertanyaan terlebih dahulu tu, sila ambil perhatian. Saya tak sekat sapa2 dalam blog ni ok. Cuma buat  Disable Right Click.. Boleh klik kat link tu kalau nak tahu benda apakah itu. Terima kasih.




~mesej ucuk~


dah buang benda alah tu supaya takda orang buruk sangka lagi pasni


Kejutan ke tekejut?

Salam.. 
Happy toi tengok blog aku sekarang (aku je happy). Dihiasi warna2 fav aku. Tapi sejak bila suka pink nie!!!! Memang kejutan.

2 ketul BB yang ohsem!!
Semalam tengah dok pikir apa salah handphone Yaya aku sampai ada orang kata "xbest pon guna Sony." tiba2 ada wat tawaran nak belikan BB (*barang baik) kat aku. Oish, ngutuk2 handphone aku ada sebab rupanya. Tapi maaf la, ma aku tak ajar ambil barang dari orang JIKA barang itu harga atas pada RM21 (saja ja letak 21 hehe). Kalau kasi cekelat (gula2) 2 kupang (20sen) tu boleh lagi dengan bangganya aku rembat depan ma aku. Kalau barang2 berharga, mulut aku akan muncung 1km hendaknya. Teringin meme la teringin. Gile ko tak hambek barang baik gitu??
Tapi what the gelongs that girl (me!) kalau ambil barang tu!
Come on la, cer fikir jauh sikit. Yaaaaa 500m ke hadapan pastu belok kanan.
Kalau la orang tu ada niat jahat ke, dia dah puff2.. barang tu, korang guna lak kan. Jadi masalah tu. Takpun hubungan tu tercabut di tengah jalan. Main ungkit2 pulak karang sampai sekecik2 benda dia mintak balik. Naya ja baq hang.. kalau benda boleh bagi balik takpa. Yang dah guna dan mungkin dah dibuang 2 tahun lepas macam tisu. Dia nak yang dia bagi jugak. Mana nak cari? Bundle? Tapak pelupusan sampah? Takde nyewww.. Perkara (-) ke-3, bila da terima benda2 mahal tu, kita akan jadi serba salah jika orang yang bagi tu lak mintak kita sesuatu.

“SAYA DA BAGI AWAK CEKELAT HACK KAN. SEKARANG SAYA NAK AWAK BAGI SAYA HACK AWAK PULAK. WAJIB BAGI TAU.”

Gelabah tak?? Haa.. baru fikir ke? Dah terambil? Macam mana nak buat?? Ntah lew awak, saya pun belum terfikir lagi. Hehehehe
Ok, itu (-) thinking punya versi. Yang mungkin boleh jadi (+) nya kalau dia cakap:

“TAKPE LA AWAK. SAYA BELI GUNA DUIT SAYA DULU. BULAN2 T AWAK BAYAR LA.”

Hahaha ada ke macam tu? Untung la kan kalau ada.




~mesej ucuk~

So sekarang, haruskah saya berfikiran (-) @ (+) tentang tawaran itu?
Dia guna blackberry bold 3.. patut la..

Bila apa?

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Obsess dengan warna

Salam warna warni di Aidilfitri semua..




Tengok tajuk atas tu? Aku dok obsess dengan warna-warna baru (bagi aku) 2 3 menjak ni. Nape tah? Semua ni gara-gara gatai tangan dok search warna baju untuk kawen aku yang tak tahu bila tahun tu la. Macam-macam warna aku mix. Dah macam pelangi dah aku tengok. Dalam banyak-banyak warna tu ada la yang tercantik di mata aku ni.. 










Cantik kan warna dia..










Penyakit semua tu!

Salam.
Ni nak tanya, hangpa ada penyakit dak? Bukan penyakit kronikal tu, penyakit jiwa raga sendiri. Penyakit yang buat hangpa sakit hati dengan diri sendiri. Ada? Aku ada..


1. Suka lupa letak spex mata kat mana.
2. Getah rambut suka sangat hilang. Padahal dok kat kepala.
3. Ambik dah wuduk, pastu p dok depan laptop 20-30 minit. Lupa nak solat.. Teruk baq hang.
4. Kunci jam nak bangun awal la konon. Bila bunyi, aku p katup balik.
5. Cari baju selalu ja tak jumpak. Mesti kena panggil mama soh tolong cari. 
6. Ambik barang, tak simpan tempat dia balik. Nak guna cari 1 bilik tak jumpak-jumpak.
7. Lupa nak tulis apa nak beli. Konon ingat. Dah sampai kedai, huh hampeh.
8. Bawak masuk kucing dalam bilik. Tiba-tiba ngantok, tidoq. Kucing lak dok bunyi nak kuar bilik. haish tension aku.
9. Dah buat jawapan yang betul, p padam. Bagi jawapan baru. Salah!!!
10. Spex mata dok kat mata, aku p cari lagi. Siap tanya orang ada nampak spex aku tak.

Tu antara 10 penyakit aku la. Ada lagi cuma tak ingat (ya, dapat kesan 1 lagi penyakit, LUPA).. Amacam? Korang ada??

Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?

Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?

Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul.

1) Aqidah Sejahtera (Salim-ul Aqidah)
Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dengan selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah swt

2) Ibadah Yang Sahih (Shahih-ul 'Ibadah)
Tidak menolak untuk melaungkan azan
Bersuci dengan sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat untuk menunaikan haji
Beriltizam dengan adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
Mengasihi orang yang lebih muda
Menghormati orang yang lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4) Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)
Menjauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)
Mampu membaca dan menulis dengan baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riyadhusshalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yang dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism)
Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yang bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7) Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)
Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)
Penampilan yang elok
Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu untuk belajar

10)Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yang memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dengan pasangan yang sesuai

Tahu


Saya tahu awak akan datang juga 1 hari nanti.
Saya sentiasa tunggu awak.

Toyota ke BMW




Salam.. Selamat Hari Raya semua.. Cuti raya dah habis ke? Ambe ada lagi 2 hari. Boss bagi seminggu haa amekau.. Sampai bosan dah dok rumah ni.. 
Soal kereta-kereta di atas tu, hanyalah salah 1 perangcangan masa depan ambe. Tahu la harga dia mahal-nak-mampos tapi kalau kita usaha, insyaAllah boleh dapat ye tak? Masalahnya sekarang, ambe dok pening nak pilih kereta mana yang nak dijadikan 1 medium/titik permulaan untuk ambe teruskan semangat ambe. Well, ambe ni jenis nak 1 1 benda kena ada benda tu. Err tak paham?? 


Ok macam ni, dulu masa fom4, ambe nak beli tepon tapi masa tu tak tahu lagi tepon mana nak beli. Belek-belek buku, ambe nampak la 1 tepon ni, Sony Ericsson K660i kaler hijau putih. Sangat terjatuh cinta padanya. Jadi lepas tu ambe buat 1 tabung dengan tulisan besar gedabak kat luar tu tulis "SONY ERICSSON K660i".
Mula dari saat tu ambe simpan duit. Balik je sekolah terus masuk tabung. Kadang-kadang tak makan pun punya nak simpan duit. Masa tu, tepon tu harga RM600+ la. Bila dah cukup duit, ambe ajak ayah ma p Parit Buntar dengan saing ambe, Adilah. Pusing la semua kedai yang ada kat situ semata-mata nak cari kedai yang tawarkan harga bawah 600. At last, 1 kedai ni bagi RM510. Tunggu lagi, rembat terus tanpa mama sempat berkata apa-apa haha. Kalau tunggu dia berkata-kata, alamatnya balik rumah gigit kerusi la ambe.

Sekarang ni, kereta pulak walaupun ambe ni belumlah bekerja tetap. Hidup mesti ada matlamat ye tak? Rumah biarkan dulu sebab yang tu ambe serahkan pada bakal suami haha.. Encik suami soleh ku, silalah cari rumah 2 tingkat untuk ambe k. kecik pon tak pe janji 2 tingkat. Kenapa?? Ada lah ambe nak buat ngan rumah tu nanti. 


Dalam dok pasang matlamat ni,ambe ni ada penyakit sikit. Haaa ambe ni tak reti nak target benda-benda murah haha.. Semua nak mahal je. TAPI, tak bermaksud ambe meqhoyan nak benda tu. Dapat yang murah pun tak pe la kan. Dah rezeki ambe yang tu je. Lepas tu kita simpan duit balik. Lama-lama kita akan dapat jugak apa yang kita nak selagi teguh pendirian kita.
Pada awok-awok kat luar sana, kalau dah bekenan ke 1 1 benda tu, jangan la pikir (-). Sampai bila pun tak dapat. Korang pasang niat suci murni korang tu, pastu usaha dan tawakal. Doa-doa la sama mintak allah permudahkan. Kalau niat awok-awok disana suci, insyaAllah lebih dari tu Dia bagi.







~mesej ucuk~

Tak perlu la cemburu membuta tuli pada orang yang berjaya. Cemburu anda tak ke mana kalau anda tak berusaha.

2NE1: I Don’t Care


Hey playboy
It’s about time
And your time’s up
I had to do this one for my girls you know
That’s the only way you boys learn

I can’t ever forgive you for that lipstick on your collar
Every day, your phone’s always off
It doesn’t seem like you’re going to change oh oh

All those girlfriends you call “friends”
Don’t think of me in the same way as them, I won’t let it fly
From now on, do as you want, I’m going to stop caring
For some time I really loved you but oh

Sometimes you get drunk, and call me, now it’s 5:30 am
Again you say another girl’s name no

I don’t care, I’ll stop caring about what you’re doing wherever you are
From now on I really don’t care, I’ll get out of the way
From now on don’t come to me and cry, and cling on
cause I don’t care e e e e e e
cause I don’t care e e e e e e

cause I don’t care e e e e e e
cause I don’t care e e e e e e
Boy I don’t care

Stealing glances at other girl’s legs
You’re so so hopeless
Everyday you take off your couple ring, and secretly go on a blind date
I don’t think that I’ll be able to take it anymore oh oh oh

My friends say that you’re not really worth it
You even went to your wolf-like friends for advice but
I’d rather keep it simple, I’m too good for you
I believed you were my love but oh oh

Today you said you were busy, I tried phoning you but
As expected, in the background I heard a girl’s laugh oh no

I don’t care, I’ll stop caring about what you’re doing wherever you are
From now on I really don’t care, I’ll get out of the way
From now on don’t come to me and cry, and cling on
cause I don’t care e e e e e e
cause I don’t care e e e e e e

cause I don’t care e e e e e e
cause I don’t care e e e e e e
Boy I don’t care

Because of you, I remember crying till dawn boy
I regret every time I think about you when my heart was too easy, huh boy?
I’m too good to throw away and too boring to have
You should’ve treated me better when we were together why are you clinging to me now

You fooled me with your lies hundreds of times
From today on, I’ll be a bad girl who makes guys cry
Now without a single tear, I’ll laugh at you
Loser who’s inside a game called love
Get on your knees and take me back
If not, get out of my sight right now

I don’t care, I’ll stop caring about what you’re doing wherever you are
From now on I really don’t care, I’ll get out of the way
From now on don’t come to me and cry, and cling on
cause I don’t care e e e e e e
cause I don’t care e e e e e e
Boy I don’t care

Fobia Cinta


Fobia cinta

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri
Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Chorus
 Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

Ulang Chorus

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka

Adakah aku fobia cinta

Ulang Chorus

Denyutan jantung aku tergendala

Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti"

Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

8.30 am - 5.30 pm

*Salam...


*tonyoh mata.... buka mulut sikit, tahan nafas....

Dari pagi tadi pukul 8.15 aku kat kusi ni, sampai saat ini, 4.20pm.. 1 kerja apa aku tak buat. opsss2 bukan  makan gaji buta k, tapi manager tak datang. Bila manager tak datang, aku tak de keje. Bila aku tak de keje, ini lah keje aku. Online selagi PC tak meletup. Yang banyak keje, gadoh banyak keje. Yang tak de keje, bosan pulak. Nak menyembang, i cant speak chinese lio.. Ada sapasapa nak tolong ajarkan ke?? 


Dah berjamjam buang masa ni, kenapa lah sekarang baru terfikir nak menaip. Apa aku buat tah dari pagi tadi. Rasanya kalau lagi 6bulan macam ni, spek baru la aku. Tambah sikit ketebalan lens dia ni. Line clear trus. Syukurlah Li ni 4bulan je. Kalau 4tahun??? 

Humm *bosanan...

Tak de apa dah kot nak bebel sini. Kematian idea bernas akceli. 
Take care... Bye


Cincin hitam


Dah lama aku nak beli cincin kaler hitam ni. Yang selalu jumpa pon, ada corak-corak.
Nak yang kosong macam gambar atas tu.

Tapi kalau tak da, macam ni pon oke..