No boyfriend, no problem

Sebenarnya aku bukan tak nak ada pakwe ni tapi bila aku fikirkan balik, apa faedah aku dapat? Boleh suka-suka ada orang sayang kau? Eh kau sedang bermain dengan hari manusia tau. Salah sikit merana hidup. Dulu mungkin YA, sebab aku tahu usia-usia lewat belasan tahun memang kau nak semua tu. Ada orang sayang, ada orang take care kau tapi bila usia kau nak cecah 25 26, kau akan sedar kalau kau tak da pun kau still boleh survive hidup tu. Kau pegang kata-kata ada jodoh tak kemana. 

Seriusly aku tak nampak apa bestnya couple saat ni. Mungkin fikiran kita berbeza tapi aku tetap dengan pendirian aku yang baru. Aku masih ada masa depan yang perlu aku fikirkan dan kejar. Bukan sekadar cinta tak pasti ni. Kalau kau dah ada someone, just go on. Mungkin dia jodoh kau dan bagi aku yang still tak jumpa ni, aku ada cara aku sendiri. Dan aku akan cuba terus dengan cara aku sampai aku  jumpa yang betul-betul boleh buat aku yakin cinta sejati tu wujud.

Cukuplah apa aku lalui selama ni dengan insan bernama LELAKI. Walaupun bukan semua macam dia tapi cukup la kali ni aku berhati-hati. Sakit, serik semua aku dah lalui 9 bulan ni. Takkan aku nak terjun sekali lagi dalam lubang yang sama kan? 

Kalau kau fikir couple tu satu kepentingan, JANGAN CARI AKU!

TABAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Jangan tanya kemana menghilang hehehe.
Dah berapa kurun aku cuba elak untuk tulis semua.
Sebab bila aku menaip habis semua perasaan akan keluar.

2 tahun penuh tanda tanya.
Terlampau misteri untuk aku.
Lalu aku ambil jalan tengah, CARI SENDIRI.

Walaupun perit tapi aku puas hati.
Walaupun 9 bulan aku murung tapi aku kini happy.

This song foy "you"...


MACAM MANA NAK POS BARANG GUNA POSLAJU?

MACAM MANA NAK POS BARANG GUNA POSLAJU?

Hai. Entry kali ni wani nak share tentang cara-cara nak pos barang guna poslaju. Dulu wani sangat-sangat la tak tahu bab posto-posto ni. Sehingga la wani terjebak biz online Shaklee. Dari situ wani belajar cara nak pos. Tak bertanya sesat jalan betui dak. hehe. Sekarang mudah. Google je.

LANGKAH PERTAMA

Sila balut barang yang nak pos tu siap-siap dekat rumah. Boleh balut pakai bubble wrap, kertas minyak, plastik pape je la. Plastik yang korang dapat kalo beli belah kat mall pon boleh. Plastik Thank You kita panggil.  Just packing bagi barang tak berterabur. CONTOH tudung, baju ke pape lipat dan bungkus elok2.. Tak de la dia terburai. Jika ada barang-barang fragile atau mudah pecah balut la pakai bubble wrap ye. Lebih terjamin keselamatan barang.



Contoh plastik thank you. Nak pos terus cam ni pon boleh tapi takut terkoyak lak masa dalam proses penghantaran. Dorang tak menatang barang-barang ni ibarat minyak yang penuh okey. haha. Beratus lagi barang pos dorang nak handle. Kalo nak pos gini boleh pastikan bahagian dalam ada balut-balut 1 helai lagi plastik. Atleast kalau koyak lapisan pertama tak jejas kandungan barang tu kan.. Plastik last sekali leh sarung dari plastik poslaju punye (terpulang).

LANGKAH KEDUA

Pergi ke pejabat poslaju.Isi consigment note pulak. Wani panggil kertas poslaju je. hehe. Ini contoh ye. Yang purple untuk PRABAYAR. Yang Oren tu Pos biasa (timbang punye).  Tak sure yang mana, boleh tanya kat kaunter poslaju ok.

pic credit





LANGKAH KETIGA
Isi borang tersebut. PENGIRIM adalah kita. PENERIMA adalah customer. Nama , alamat dan no hp. 3benda ni wajib di isi ye.. Dah isi borang then pegi timbang n bayar.. SETTLE ^___^
Untuk Prabayar tak perlu bayar dah. Just drop kat kaunter.




PLASTIK TIMBANG

Plastik ni kena beli kat poslaju. 10 keping rm2 je kot utk saiz S. 50keping pun ada tapi wani tak tau lak berapa. huhu. Lupa. Lain saiz lain harga ye. Ada sai S, M, L, XL. Perlu bayar selepas timbang.

pic credit


PLASTIK PRABAYAR UNTUK POS SEMENANJUNG SAHAJA

Plastik ni hanya bayar sekali je.. Masa beli. Pastu masukkan barang korang dalam plastik atau kotak yang muat. Then serahkan je tanpa ada apa-apa bayaran tambahan lagi.


 

PLASTIK PRABAYAR UNTUK SABAH SARAWAK


Masukkan barang kat plastik atau kotak yang bersesuaian, kemudian serahkan kat kaunter. SETTLE ^_^


POS DOMESTIK

Untuk barang berat dan besar, korang boleh bungkus pakai plastik sampah hitam atau kotak pape je yang muat. Pastu soletape setiap sisi. Nak bagi cantik balut la pakai kertas minyak. pembalut hadiahpon boleh kalo korang kayoo. haha.

Ini contoh. Carik la kotak yang tak pakai. Masukkan dalam tu. Nak kemas balut pakai kertas minyak diluar kotak.

Jika ada barang yang ringan tapi besar contoh bantal atau benda berat dan besar anda boleh pakai pos domestik. Gambar dibawah ini berbezaan kertas pos domestik dan poslaju.

-POSLAJU ambil masa 1-3hari waktu bekerja.
-POS DOMESTIK ambil masa 5-7hari waktu bekerja. (sesuai untuk barang besar dan berat kerana lebih murah)

POS DOMESTIK NI DALAM RM7. Kalau pakai poslaju mau puluh-puluh RM. Peluh peluh aih nak bayar. hehe



Okey, dah packing,dan dah siap tulis alamat sume kan. So boleh la pos barang korang. Nampak tak no EF ------- MY tu. Itu la no tracking. Bagi kat customer kita. Supaya mereka tahu barang dah sampai mana. Itu kena check kat web poslaju ye. Mudah kan. Okey harap-harap bermanfaat untuk korang. Sharing is caring gitu.. Happy posto-posto..

credit to: Pengedar Shaklee Puchong