Assalammualaikum...
Nak tahu budak pelik ni macam mana? Sila baca sampai habis k..
1.PEMALU
Ya, aku seorang yang sangat pemalu tapi diawal perkenalan sahaja.
Lepas beberapa abad korang kenal aku, mesti korang tak percaya yang aku ni peramah overdose.
2.EMOSI
Ofcoz Mak Jah ni seorang yang emosi terlampau.
Tapi masih boleh dikawal la, Alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, sila berhati-hati dengan Mak Jah ye.
Kadang-kadang, Mak Jah juga tak mampu mengawal emosi dengan baik..
Ada lah teremo kat mana-mana..Maaf.....
3.MANJA
Disebabkan aku anak tunggal (bukan status sebenar), maka dengan itu, aku sedikit manja.
Dengan sapa-sapa pun aku manja.
Manja disini bukanlah bermaksud aku gedik atau mengada-ngada tapi perangai aku tu,sikit-sikit nak orang teman, sikit-sikit nak berkepit dengan kawan ngehehehe~
4.TEGAS
Pesyen aku la kan, kalau aku kata NAK, bermakna aku NAK.
Kalau kata TAK, maknanya TAK.
Aku akan cuba dapatkan apa aku nak seboleh-bolehnya.
Biar la orang nak kata apa pun kan, janji aku dapat.
Dan bila aku kata TAK, jangan sesiapa paksa aku untuk ubah fikiran.
Itu pun kalau korang nak aku buat something tu dengan ikhlas la.
Kadang-kadang aku buat jugak, sebab nak jaga hati.
Tapi boleh nampak la hasil ikhlas dengan tak tu huhuhu
5.JADI DIRI SENDIRI
Aku suka jadi diri aku sendiri.
Tak dinafikan,aku seorang yang PASIF dalam sesuatu perkara..
dan bertukar AKTIF pada sesuatu perkara juga.
Aku lebih suka bersendirian sebab waktu itu aku dapat buat macam-macam yang aku suka seperti menulis cerpen, buat kraf, berangan HAHAHA!
6.PELIK
Bagi yang dah kenal aku, mesti ada ja benda yang buat dorang kata aku PELIK.
Aku tak pasti kat mana yang pelik tu tapi orang lain je yang boleh menialai kita kan...
BTW, aku suka darah.
7.PENYAYANG
Itu takyah cakap pun memang orang dah tahu aku ni penyayang pada segala hal yang menyentuh hati aku. HAHA!
8.SETIA
Ok, aku tau kau menafikannya sebab kau cuma baca aku dari luaran aku tanpa kau tahu siapa diri aku yang sebenar dan kau tak cuba pun selami hati aku.
So, tak perlu bersangka buruk ye.
Jika kau selam hati ini, pastinya engkau kan mengerti, bertapa sucinya kasihku, jangan diragu.
Chewah~
9.TAK SUKA DIPAKSA
Aku tau, korang pun gitu kan..
10.SEWEL
HAHA! Aku sahkan yang ni. Memang aku agak sewel tapi cover-cover la.
TAPI, kalau korang rasa aku over sewel tu that means koranglah BESTFRIEND aku laa~~
10 perkara ni aku kumpul-kumpul dari apa yang orang bagitahu je. Jika ada yang lain, sila khabarkan dengan nada suara yang ayu,ok?