22

Assalammualaikum.. dunia. Perghh lama tak update blog. Krik..krikk..teruk kan. Bukan taknak update tapi guna line wifi kat U tak boleh nak upload gambar. Aku ni jenis suka cerita dan letak gambar sebagai hiasan yang ada maknanya yang tersendiri. Dah tak boleh nak upload ni so rasa macam malas nawww nak update. Tunggu balik Kedah nantilah tu pun kalau wifi Maksu masih berfungsi. Hiuk..hiuk..hiuk..

Now, dah 3 bulan diperantauan. Bulan 1 ni 4 bulan la kiranya. Benda banyak nak cerita tapi disebabkan gambar tak boleh nak upload, maka tak terceritalah. Maafkan hamba mengkuang layu. Ok la, kita cerita sikit sal kisah kat sini. Ada apa, roomate sapa, bestfriends sapa, buat apa..

Kita start dengan kos la kan. Aku sekarang ada kat Universiti Malaysia Sabah, Fakulti Pertanian Lestari, Kampus Sandakan, Sabah. Kali ni ambik kos Hortikultur dan Landskap. Kat sini, untuk pelajar Tahun 1 macam aku, kami belajar yang basic-basic lagi. Kelas pun still gabung dengan budak-budak Crop dan Live stock. Tahun 3 barulah membawa haluan masing-masing. benda yang tak pernah-pernah aku buat kat rumah walaupun mama ngan ayah selalu suruh buat ialah MENANAM. Tapi ni bukanlah tanam biasa-biasa cucuk pokok dalam pasu, siram sebulan lepas tu siram lagi. NO!! Kalini mula dari bawah. Ya, buat batas. Gila teruk menyangkul dengan tanah jenis clay. Musim hujan lagi, pastu panas, pastu hujan. Kata senior, kat sini kalau panas, panas sangat. Kalau hujan, MasyaAllah.. Sedap tidur bha tu. BTW aku dah gelap sikit sekarang. Ok tipu, gelap banyak! Waaaaa T.T *pujuk hati supaya redha

Roomates.. Tadaaa roomates aku orang Sabah. Suzy from Tamparuli dan Shirley from Tawau. Ini boleh aku katakan sebagai jodoh sebab nama kami mula dari huruf S. Pastu perangai lebih kurang ala-ala cerdik-cerdik bingung gitu. Kegemaran sama ja kebanyakan. Senarai nama pun alahai, jiran-jiran ja. Dan ini menyebabkan aku bahagia di bilik ni walaupun kami beza agama, bangsa tapi still 1Malaysia. Suzy Dusun and Shirley Cina + Indon... Thorbaekkkk..

Bestfriends kat sini ada jap 1 2 3 4 5 6.. ya ada 6. Dah nama pun bestfriends of coz la otak pun lebih kurang kan. Aku mulakan dengan yang sebaya dulu, geng-geng diploma.. Umi from Johor, Lyn from Membakut Sabah, Awie from Ipoh. Dia 21. Pastu of coz roomates terchenta, Shirley 20, Suzy 19 dan Ivoneca from Kudat, 19 jugak. Malas nak kupas nipis-nipis, tak puas hati PM terus k.

InsyaAllah habis exam ni aku balik Kedah. Habiskan sisa-sisa cuti dekat rumah sendiri dan rumah mak-mak sedara. Oh ya, aku rasa blog ni macam budak-budak sangat memandangkan aku menaip tanpa rasa bersalah sejak 2011. Masa tu umur kanak-kanak lagi. Banyak yang merapu. Jadi, 2015 ni, mean tahun depan la kan, dah 23. Pikir nak start menaip macam gadis dewasa. HAHA.. yeah.. 23 dah Teena. Matang-matangkanlah otak tu. Silap-silap tahun depan dah bergelar Puan. aminnn...

Mungkin ni last post sebagai remaja berumur 22 tahun yang otaknya pikir nak enjoy 24.5jam.. Harapan baru untuk tahun baru ni, bersiap sedialah untuk menjadi seorang isteri biar tak tahu bila, sempat atau tak, dengan sapa. Tapi, siap-siap lah.. Tu je Cik Hati boleh pesan kat Cik Teena k. InsyaAllah. Moga kalian juga dipermudahkan.. 

Salam Sayang Sayang Kinabalu Tengok Dari Jauh Hati Saya Rindu,
Teena