Lollipop takleh makan

Salam, hai. Selamat hujung bulan. Saya tengah ‘sedap’ layan internet ni. Tapi yang tak sukanya, sedap-sedap layan tiba-tiba line limited. Hampeh la.. nak-nak masa u’sya barang baekkk~~ dah la pagi tadi buka FB tak boleh. Masuk password 2 3 kali, tak boleh login jugak. Anak sapa pulak hack FB aku? Mula la nak bebai bagai […].

LG Lollipop..




Shomel syh. Ni kalau aku orang kaya, nak je aku beli bagi kat sepupu-sepupu,kawan-kawan aku yang shomel tu. Nak-nak Yana lak pakai an, dah la macam mudak Korea muehehehe. Yana, Tina boleh bayangkan bertapa cutenya anda bila jawap call bebeh pakai hp tu :p

Tadi member cakap harga Lollipop ni Rm550 for lollipop 1. Rm700 for u lollipop 2. Rm800 for lollipop 3.
Korang nak tahu macam mana design Lollipop 1 2 & 3 tu silalah google sendiri ye. Makcik agak malas nak google harini. Pastu dia kata kalau nak, kena tunggu LG Shop tu order dari Korea dulu. Mak ai, rasa macam nak p Korea sekarang je, beli-beli and then balik kampung dok dalam bilik senyap-senyap, belek hp sampai mimpi. Kat Malaysia nape susah sangat nak ada? Kat Indon bersepah kot (yeke?)

Sesungguhnya, benda yang aku nak memang kadang-kadang susah nak wujud. Apesal eh. Taste apa aku ni? Rasanya takde la pelik sangat setakat hp LG harga under 2000 tu. Kalau dulu ye la, nak Xperia Z la, Note II la, Note I la, tapi yang ni, mudah dan sempoi, tapi tak dapat jugak. Nak nanges bawah katil je rasa.

Kenapa yang minat sangat hp tu? Macam hp budak-budak je?

Dah aku pun budak-budak an, kena la ngan aku. Ish.. bukan lah. Dulu mama aku guna hp flip. Tahu saja la mama aku, hp dia mana boleh pegang lama-lama nanti dia bebel macam la aku nak curik. Aku sempat guna pun tak sampai sebulan tu pun lepas buat pertukaran hp dengan dia. Hp tu dah nazak sangat dah. Jenama Samsung. Perasan Korea la kejap masa tu. Kejap je la. pastu bateri habis lak. Oh, mau tak habis, aku bawak g Kelantan, charger dia aku tak bawak haha. Mangkuk betoi. Sekarang hp tu tak tahu dok mana. Ayah aku kalau simpan barang, tobat nak jumpa. Kadang-kadang dia sendiri pun cari tak jumpa. Sapa-sapa rasa nak harta meradak dia disimpan hingga tak dapat dikesan boleh la upah ayah aku simpan. Hihi…


Alang-alang line dah laju aku nak g sambung u’sya hp jap. Macam laaa u’sya-u’sya trus boleh dapat kan.. hahaaa bye-bye.



Ni lain-lain brand yang ada dipasaran. Ntah ada lagi ke tak pun tak tahu la. ritu jumpa kat Wakaf CheYeh tapi tak beli. Mangkuk sangat~~







Ini link kalau korang nak tambahkan kejulingan mata k..


SAWIT KAN KAWAN-KAWAN...

Saja nak jadi minah Pakistanhei

Assalammualaikum. Kali ni malas nak taip kat Word, terus taip sini je. Tapi kalau tak bagitaw pun, korang taw ke aku taip kat mana dulu sebelum ni?? Senoi sangat~~~



Sejak berkurun lamanya, aku memang peminat aksesori India. Kalau boleh 1 badan ni aku nak pakai macam Indian girlz wuhuhu.. Kalau betul-betul ikut Indian style, baju diorang ni takde la sexy gila pon. Biasa-biasa ja. Terpulang pada yang nak pakai tu la kan nak yang macam mana. 

Jenis aku, aku tak suka yang (baju) ketat, jarang sampai nampak seketoi-seketoi yang dalam tu and singkat. Ada ke macam tu? Ada... Baju yang sopan dan menutup aurat sentiasa ada, terpulang pada kita nak pilih macam mana. Mungkin kita suka design gitu, cuma kasi longgar sikit ke, kasi tertutup sikit ke. Design boleh diubah rite??

Sekarang ni tengah carik baju lebih kurang macam ni la..


Sopan ke tak? Kalau pakai tudung labuh, bagi longgar sikit. Huh, sempoi beb.. Pandai-pandai pilih la eh..

Camna boleh suka Bollywood? Sebab mak aku rajen jugak layan cite Industan ni pastu aku da boring sangat, aku join la. Dah selalu-selalu tengok, terbekenan pulak bila tengok heroin dia dressing baju gituh. Nampak sopan (cara diorg la), manis, sweet.. ahakss.. 
Mak suka nok...

Nak paksa Enchek Suami pakai nanti haha mesti kena bebel sebab dia cerewet sikit.
(Dia?? o.O??)


[nak p berangan, tata...]


Sebenarnye takde pape Part 2


*Cerita ni kena bayangkan macam korang sedang menonton drama kat TV. Aku tak buat dalam format novel atau cerpen. Ni format IMAGINASI. So terpulang kat korang nak imaginasikan macam mana k.. Gaya yang digunakan adalah santai dan bahasa pasar [sangat2]. Sesuai la dengan konsep imaginasi aku ni..HOHO..

~Pengarang



…ku harus pergi meninggalkan kamu yang telah hancurkan aku.
“Hah, adoih. Sapa call pulak pagi-pagi ni. Ish, kacau ja la orang nak tidoq. Halooo!.”
“Assalammualaikum Tuan Puteri.”
“Waalaikummussalam, eh. ALAMAK!!”
“Hah, apa alamak? Pergi solat.”
“Hah, ye-ye.”

Sha bingkas bangun dari katil tapi agak malang nasibnya hari itu, kaki tersangkut diselimut lalu jatuh tersembam.

“Opocot, oi Sha. Kau buat apa ni bising-bising ni.”
“Aduh, aku jatuh.”
“Kau jatuh katil ke?”
..
“Sha?”
Noni bangun membuka lampu..
“Ya Allah Sha!!”
Tikah yang nyenyak tidur juga terbangun dari tidur bila mendengar Noni menjerit. Kepala Sha berdarah. Tikah yang alah pada darah terus pengsan sebaik saja melihat Sha. Noni makin cemas. Pukul 6 pagi. Siapa harus dia hubungi. Tiba-tiba..
…ku harus pergi meninggalkan kamu yang telah hancurkan aku.
“Err helo,helo.”
“Err helo, sapa ni? Sha mana?”
“Sha, Sha dia pengsan. Tikah pun. Kepala dia berdarah. Sha berdarah. Tolong saya.”
“Apa? Awak pakaikan Sha tudung. Tunggu nanti saya pergi asrama.”
“Tapi encik.. encik? Encik??”
Talian diputuskan. Noni bingung. Dengan siapa dia bercakap. Suaranya turut cemas takala mendengar keadaan Sha. Noni bangun mengambil tudung Sha. Kepalanya diikat kemas. Kejutkan Tikah .

30 minit kemudian..

“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam, sape tu?”
“Ni aboh ni. Ada ore oyak saing demo jatuh.”
“Oh, jap ye abah.”
Pintu dibuka. Pakcik yang ditugaskan menjaga asrama luar terjegat depan pintu.
“Jolo doh aboh. Saing ambo nu dale bilik nu.”
“Encik boleh masuk.”
“Terima kasih pakcik. Sha, Sha.”
Lelaki itu meluru mendapatkan Sha lalu mengangkatnya untuk dibawa ke hospital.
“Awak ikut sekali. Tolong ambilkan purse dia. Pastikan ada IC.”
“Baik.” Noni akur dengan arahan lelaki tersebut.

Di hospital..

“Sha, bangun Sha.”
“Err awak. Boleh saya tanya sesuatu?”
“Silakan.”
“Awak ni bukan abang atau adik dia kan? Tapi ada iras-iras Sha juga kat mata tu. Awak ada hubungan apa dengan dia ye? Pakwe? Sha tak layan pakwe-pakwe ni setahu saya. Abang angkat? Tak mungkin lah. Mana boleh sentuh perempuan bukan muhrim kan. Takkan la suami Sha. Haha tak mungkin.”
“Kenapa pulak tak mungkin?”
“Sha ni dah la tak layan pakwe-pakwe ni, dah tu sepanjang dia belajar sini takde sapa pun  berani try dia.”
“Eh, bagus la tu. Dia pandai jaga diri la maknanya.”
“Mungkin, tapi awak ni siapa pada Sha?”
“Saya? Sebenarnya..”

Belum sempat lelaki tersebut habiskan kata-katanya, Sha bersuara. Perlahan tapi jelas.
“Aduh ya Allah, ampunkan hambaMu ini.”
“Sha?”
Perlahan-lahan Sha membuka mata. Terbeliak matanya saat melihat lelaki disisi.
“Ehhhhhhhhh, macam mana awak boleh ada kat sini?? Eh, Noni? Awak?”
“Apa-apa??”
“Kenapa bilik saya besar? Kenapa pelik sangat bilik ni?”
“Hmm, bengong rupanya.”
“Mana ada saya bengong. Awak la bengong, macam mana boleh ada sini.”
“Apa awak cakap? Saya bengong?”
“Err tak.”
“Cepat minta maaf!”
“Saya minta maaf, Mihraz.”

Setelah selesai membayar bil perubatan, Sha dibenarkan balik. Lukanya agak teruk. 6 jarum.
“Hihi, macam Harry Potter la kau Sha.” Usik Noni.
“Harry Potter ka, Harry Letter ka balik nanti qada’ solat.”
“Err, baiklah.”
Tiba-tiba Noni berbisik.
“Eh, dia ni sape? Kau macam takut-takut je dengan dia. Bapak saudara kau eh?”
“EHEMMM..”
“Aaa Sha, kau lapar tak?” Noni cuba menukar topik sebaik saja mendengar Mihraz berdemeh.
“Lapar jugak. Erm, Mihraz?”
“Ye, kita singgah makan dulu k.”

“Kak, wi nasik lemak sa, teh o sa.”
“Mihraz, awak nak makan apa?” tanya Sha perlahan.
“Ikut awak lah.” Balas Mihraz, tersenyum.
“Kak, bagi saya nasik kerabu 2. 1 tokse ayam, sambal ngan sayur lebih deh. Ermm, air milo panas 2.”
“Ok,bereh.”
Noni memandang Sha dengan pandangan 1001 persoalan.
“Ok korang, aku tetap nak kepastian hari ni, pagi ni. Apa hubungan korang ni?”
“Apa?”
“Hmm, korang ni couple ke?”
“Tak.”
“Tunang?”
“Takk.”
“Kawan?”
“Mungkin.”
“Mungkin? Ish, aku pening la. Cer terus terang je.”
“Takpe Sha, biaq Raz yang bagitaw. Nama apa tadi? Noni kan.”
“Ya, noni.”
“Noni, sebenarnya..”
“Sebenarnya takde pape.” Celah Sha.
Noni dan Mihraz memandang Sha, serentak.
“Apa yang takde pape?”
Sha menarik Mihraz tunduk ke bawah meja.
“Jangan cakap kat dia. Dia tu suka bawak mulut.”
“Alah, benda betul. Tak salah pon,kan?”
“Memang la, tapi kalau satu kelas tahu, habis la saya.”
“Kenapa? Ada pakwe dalam kelas ke?”
“Takdak tapi awak tahu kan budak kelas saya macam mana.”
“Takpa, biaq Raz yang uruskan k.”

Noni cuba menjenguk mereka, tapi tak Nampak.

“Korang bincang apa bawah tu? Jangan cuba nak tipu aku.”
“Takda lah, sebenarnya saya ni.”
 “Maaf deh, lambat. Ni nasik lemak,teh o. ni nasik kabu nge milo panah.”
“Oh, terima kasih kak.”
 Sha tersenyum. Memang belum masanya untuk dia ceritakan apa yang berlaku pada Noni.
“Jemput makan dulu. Saya dah lapar.” Mihraz berselorah.

Mereka bertiga bersarapan diluar bersama. Noni meminta supaya dibungkuskan nasi buat Tikah yang dari tadi mesej,lapar,lapar,lapar. Hubungan yang baru terjalin sudah Nampak kekuatannya. Sha juga meminta agar sem kali ni, dia dan Noni tak lagi membuli pelajar junior. Mereka sudah besar. Sudah matang. Harus matang.

..bersambung

#maaf jika ada tersalah ejaan.

Sebenarnye takde pape Part 1


*Cerita ni kena bayangkan macam korang sedang menonton drama kat TV. Aku tak buat dalam format novel atau cerpen. Ni format IMAGINASI. So terpulang kat korang nak imaginasikan macam mana k.. Gaya yang digunakan adalah santai dan bahasa pasar [sangat2]. Sesuai la dengan konsep imaginasi aku ni..HOHO..

~Pengarang




Sem baru dah nak start. Macam mana aku nak hadap muka kawan-kawan yang selama ni aku sangka,baik, rupanya belakang aku bukan main lagi buat cerita pasal aku. Rasanya itu takpe lagi, aku dah besar, aku boleh hadapi semua tu dengan matang. Masalahnya sekarang, diri aku. Aku bukan macam aku yang dulu. Ya Allah, bantulah hambaMu ini..

“Assalammualaikum.” Pintu bilik asrama dibuka.
“Waalaikummussalam, oo mak kau!”
“Huu, relex2, ni Sha ni hehehe.”
“Sha? Sejak bila..”
“Sejak dua menjak ni hehe. Ait, barang sapa atas katil aku tu?”
“Barang aku la, tumpang letak jap. Aa, kenapa yang jadi macam ni ni? Sapa hantar tadi?”
“Oh, ingat sapa langgar tempat aku hehe. Erm, nanti aku cerita eh. Ah, peluh-peluh dah.”

6 jam dalam kereta sangat memenatkan badan tapi mata, segar je. Sepanjang jalan aku tengok hijau. Pokok, bukit, gunung. Sebab itu lah aku suka belajar di Kelantan. Nak balik Kedah tak stress, nak balik Kelantan pun tak stress. Tambah kalau balik malam, sejuk je. Mula-mula dulu susah jugak aku nak belajar selesakan diri balik naik bas jauh-jauh gitu, tapi lama-lama, tempoh 6 jam tu kadang-kadang 2 kali je aku sedar dari tidur. Jaga-jaga dah sampai Kedah. Haha, siap mimpi lagi dalam bas tu.

“Sha, nanti la kau kemas barang kau tu. Sekarang kau duduk sini, kau cerita apa sebenarnya dah jadi dengan kau ni? Berubah 360 darjah + 90 darjah ke Timur lagi.”
“Biasa la, Yussof Tayuf, dari Timur Tengah. Haha.”
“main-main pulak. Cepat la.”
“Kau ni kan Nonu,”
“NONI!”
“Hehe saja ja aku mixkan dengan nama bf kau, Nubin. Sorry-sorry.”
“Banyak simpang la kau ni, cepat la cerita.”
“Ok-ok. Aku berubah macam ni sebab..sebab..”
“Ye? Sebab??”
“Sebab….cer teka sebab apa?”
“Mak ngot budak ni aku siku jugak. Kau cerita je la macam mana kau boleh berubah sampai macam ni sekali. Pelik aku tau.”
“Ok, aku berubah sebab,”

Seseorang mengetuk pintu sebelum sempat Sha menghabiskan ayat.
“Sapa pulak ketuk-ketuk pintu malam-malam ni hah. Rimas aku la.” Rungut Noni yang sememangnya tak suka diganggu bila sedang bergosip. Even bukannya gosip sangat pun.
“Assalammualaikum kak, hehe.”
Kelihatan seorang budak perempuan bertudung ala Hana Tajima dimuka pintu.
“Waalaikummussalam, ye, cari sape?”
“Eh,tak. Saya duduk sini sem ni.”
“Ooo.” Sha dan Noni berpandangan. Tersenyum. Senyum ada makna.
“Eh Sha, kau kan dah janji nak berubah. Mana boleh buli budak junior lagi. Astafirullah’halazim.” Hatinya cuba memberi peringatan.
“Jemput masuk. Sem berapa ni? Nama?”
“Saya Atikah, panggil je Tikah. Sem 3.”
“Kos?”
“DPT. Akak?”
“Saya Raisha, panggil Kak Sha je. Sem 6. Kos DUB. Ni Kak Noni, Norniza. Kitorang 1 kelas.”
“Oo. Bilik ni berapa orang sebenarnya ye?”
“Ikutkan kami berdua je, tapi awak pulak masuk kan.” Noni cuba ‘membuli’ perasaan Tikah.
“Ha’ah, saya pulak masuk, jadi bertiga la. Hehe.” Sha tersenyum.
“Haiii, blur rupanya. Hihihi.” Bisik hati Sha.

Disebabkan Tikah, terpaksalah Sha menangguhkan ceritanya pada Noni, sahabatnya dari sem 1 lagi. 

Selesai  mengemas barang, mereka bertiga duduk sekali, makan malam.

“Wah, sedapnya bau.”
“Ha’ah,mak kak Noni masak.”
“Masakan Terengganu ni.”
“Wah, mesti lepas makan cakap ada ng ng belakang kan.”
Muka Noni tiba-tiba berubah.
“Haha. Relex r kawan, gurau kasar, biasa la.”

Mereka bertiga ketawa. Masing-masing mula membuka cerita tentang cuti sem lepas. Setelah selesai sesi suaikenal, mereka bersiap untuk tidur.

“Harap-harap Noni lupa ngan soalan dia tadi.”


..bersambung

#maaf jika ada tersalah ejaan.

Baju tu dah buat hati aku berbunga balik

Assalammualaiku semua. Semua? haha


Mesti ada yang dah tahu, baru nak tahu, tak pernah tahu atau tak nak pun ambik tahu, bahawa satu masa dahulu [tak la dulu sangat] aku pernah padamkan niat aku untuk bernikah awal [tersembur air oren..]. setelah beberapa ketika, aku belek-belek balik folder dalam laptop aku, aku jumpa 1 gambar yang sweet ni. Cantik sangat baju dia. Baju apa? Baju pengantin hehehe.. aku pun try search kot ada banyak lagi tapi sayang, tak jumpa.

Hah.. someone someone


Sebab apa yang tak jumpa tu? Mula-mula aku ingat diorang ni orang Indonesia. Cara pakaian diorang ni more to Indonesian la tambah-tambah yang pengantin pompuan tu. Ok, kucing aku tengah tarik-tarik kain aku, mintak nak disepak ke? Abaikan.

Ntah camna la semalam aku search jumpa 1 gambar lagi yang baju dia ala-ala macam yang aku suka tu. Jejak punya jejak rupanya itu pakaian pengantin Chinese Muslim. Meleleh-leleh peluh aku tengok. Dah la model laki tu macam [pandang orang sebelah] oh takda sapa. Wekk..

So, disebabkan gambar tu, aku berbunga-bungakan la balik hati aku nak kawen. Itu je keja aku. Berangan-berangan-berangan. Dia pon suka berangan [pandang orang sebelah]. Yang mana kenal aku tu, korang rasa ok tak kalau aku jadi ‘wanita’ sikit? Pakai baju camni hohohoho.. yang kenal aku je jawap, yang tak kenal tu tepuk tangan sudah. 



Ok thank you.

~Sebelah aku takda orang pon~


Bukan dia, tapi Tina :p



Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Cintaku lebih besar dari cintanya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku

Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Cintaku cintaku
Lebih besar dari benciku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia jangan dia

Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia