Assalammualaikum dan selamat malam.
Dah nak dekat dah, cuti raya. Mean Ramadhan nak tinggal kita dah. Sedih. Tahun ni rasa semuanya berjalan pantas terutama masa. Last sem dah aku pun..
"You think I'm pretty
Without any makeup on
You think I'm funny
When I tell the punchline wrong
I know you get me
So I let my walls come down, down.."
Tapi satu perkara aku rasa masih belum last.
Peluang.
Lepas kena basuh teruk gak la ngan Senior sama sem tu, aku rasa aku patut bagi peluang pada diri sendiri. Berani bagi untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain saja.
Aku cuma mahukan sesuatu yang boleh aku berpegang padanya. Bukan yang samar-samar, tak pasti.
Aku tahu sesetengah orang dia tak maw berjanji. Takut tak dapat tunai. Takut orang kecewa.
Bagi aku, dapat tunaikan ke tak itu belakang kira. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan. Usaha kita yang penting. Jadi jangan takut untuk ambil risiko untuk berjanji dengan aku. Hehe..
Maksud aku disini dalam hidup kita, kita akan ada rasa kecewa, putus asa dan sebagainya. Aku yakin semua orang pernah rasa lah tapi aku tak maw sebok sal orang, aku nak story sal aku ja.
Aku hari-hari kecewa.
Haha
Caya?
Ya, hari-hari kecewa dengan diri aku.
Aku nak diri aku perfect untuk diri aku sendiri.
Mampu buat apa yang aku mahu.
Kalau setakat "NAK" tapi tak buat, kita dapat apa??
Aku jugak kecewa bab cinta.
Ada ja yang tak kena.
Aku rejex orang, orang rejex aku (Wahahaha)
Benda biasa la tu tapi ada yang luar biasanya,
bila aku rasa tertekan dengan hubungan tu.
Hubungan yang bagi aku tekanan dan rasa kosong.
Aku tak harap lebih, cukup la boleh paham aku.
Paham aku.
Diulang,
Paham aku.
Bukan BAHAM aku.
terrr..
Jadi aku nak lupakan kekecewaan yang tah apa-apa tu dan bagi peluang untuk diri aku, maju.
Bye-bye kenangan.
Bye-bye kesakitan.
Bye-bye sejarah hitam.
AKu cuma nak jadi apa yang diri aku sendiri nak.
&
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh hamba Allah.
Terima kasih sebab pecahkan rasa kecewa tu dan gantikan dengan semangat.
Saya janji, dengan tangan kanan saya ni, saya akan terus-terus-terus usaha dan berdoa, untuk kita semua.
InsyaAllah.