Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan

Salam bunga-bunga cinta. Aku tak leh la tengok Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan ni. Sweet je. Dah la sorang cantik gebu, sorang lagi ncem gebu. So gebu kuasa dua la diorg ni haha.. bila tengok lama-lama, mula nak berangan.. hahh.. biarlah aku je tahu apa yang aku berangan sangat tu.. korang layan video-video bawah ni ok.

NIE MASA BERTUNANG




INI PRE-WEDDING




INI NIKAH



LATIHAN INDUSTRI

Salam.. huh (marah) tiba-tiba rasa malas nak Meneruskan (hayat ini) LI ini. Tak boleh blah la CM sini. Dah la cakap bahasa asing, arahan bagi pun ke laut je. Kalau cakap tak paham, dia marah-marah kata “you ta fahaem I cakap.” Memang la kami ta fahaem sebab BM kau fail Mr.CM… Sebagai balasannya, sudah pasti markah LI aku dia bagi rendah. Oh peh-lisss la. Jangan nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak betul. Tapi, DIA KAN BOSS!! *hade aku kesah?


~mesej ucuk~

Selamat ada Encik Jang Guek Suk

Bakal kehilangan kamu

KENALKAN..


YAYA

DAN

RECA

Dan aku bakal kehilangan mereka ini bila-bila masa sahaja dari sekarang. Reca aku dah koma. Yaya aku dah nazak. Sedih bertalu-talu menimpa diriku..

Bagaimana meneruskan hayat ini tanpa mereka??


Yang indah hanya sementara

Salam, awek-awek perasan cantik dan jejaka-jejaka konon hot-kipas-kipas.Mari mulakan pagi anda dengan bebelan aku selepas mengucapkan rasa bersyukur kerana masih lagi bernyawa-nyawa ikan pagi ni. ^_^




Hmm dah kata dah, Islam itu indah. Islam jaga umat dia. Nak berhias boleh tapi ikut panduan la (Islam). Masa hidup memang la cantik cat-cat rambut, cat-cat kuku. Kalau tahu bila nak meninggal takpe. Kalau meninggal mengejut? Cat tak sempat buang. Taubat tak sempat. Macam mana? Kesian sangat dengar bila mayat terpaksa dibotakkan kepala sebab rambut dia ada cat uhh. Kuku kena cabut sebab saja-saja letak cat warna-warni. Tu belum disimpan lagi, dah seksa. Masa letak cat tu, tak sakit pun kan? Sebab tu kata benda tu tak memudaratkan diri serta keluarga anda pun. Tapi dah meninggal macam mana pulak. Mandi jenazah tu orang buat lemah lembut je takut jenazah sakit. Ini cabut kuku. Allah… takat tersadung kaki kat bucu meja pun satu kampung dengar suara kita jerit, ini cabut kuku. Nak buat apa pun, sila fikir dahulu okey.

Benda bulat gantung-gantung








Salam.. masa baca tajuk tu kan, apa anda pikir?? Haaa…Benda bulat ni la yang aku maksudkan huhu.. meriahnya aku tengok tergantung-gantung atas kepala. Macam dalam filem je (ermmm).. search je paper lantern kat pakcik Goog tu nanti kuar berlunggok-lunggok gambar dia. Aku taknak search dah, t gila sorang-sorang depan komputer pejabat ni.
Disebabkan aku ni ada penyakit kuat berangan, jadi aku pun dengan segala hormatnya berangan nak letak menda bulat tu nanti masa kenduri-kawen-tah-bila aku tu. Tapi pikir-pikirkan balik, nak gantung kat mana?? Pokok? Tahu la rumah banyak pokok. Tak ke jadi tanglong cina malam-malam nanti??


~Mesej ucuk~



Nanti la aku pikir lain. Bukannya nak kawen esok pon!

Handsome dia simpan dalam poket

Salam.. selamat hari-hari semua. Dah lama tak update blog ni kan.. busy apa tak tau. Orang practical la katakan… tapi tak da keja pun kat office ni..

Post kali ni nak luahkan perasaan hati yang zaman tok kaduk dulu nu. Tentang lelaki dan gambarnya. Sangat misteri ye. Huh, pe la yang misterinya lelaki itu?? Sila baca..

First nak bagitau aku suka lelaki yang ada sifat misteri.. macam ngeri je bunyinya tapi sangat ohsem. Salah 1 ciri-ciri misteri tu ialah dia letak gambar orang lain macam artis ka, karton ka kat picture profile dia. Tak da 1 pun gambar dia dalam album. Herghhh.. walaupun kadang-kadang buat aku geram, tapi macam best jugak layan. Ok, pastu kan pujuk-pujuk-pujuk suruh letak gambar dia walaupun sat (sekejap) ja, dia setuju. Hehehe lelaki memang kalah la ngan pempuan kan. Tapi sebelum tu dia bebellll panjang terangkan tentang diri dia. Banyak kekuranagn la, orang selalu pandang rendah la, hodoh la sampai aku cakap “STOP and give me your ugly picture tu.” Bila bagi selalunya ada beberapa situasi jadi kat aku…
MUKA PICTURE PROFILE

1.       Muka biasa-biasa ja. Sedap lah mata memandang.
“Oh, not bad la awak. Jangan rendah diri sangat la sampai hilang keyakinan diri.”
2.       Muka pecah-pecah. Tapi suci.
“Ish, ok je saya tengok. Awak ni cuba la bersyukur. Untung la ada gak muka tu, kalau takda??” *kena bebel ngan aku
3.       Muka normal, cubby, kulit gelap and so whatever.
“Elok je saya tengok. Mana ada kat dunia ni benda hodoh, kalau orang kata awak hodoh awak bayangkan yang dia kata awak unik. Come on la, bersyukur, bersyukur.” *tak suka dengan orang yang hina diri dia sendiri kerana orang lain menghina dia.
4.       Muka handsome nak terlompat-lompat punya teruja.
“You, you memang ugly an. “

Dan situasi itu mungkin akan berubah JIKA…

1.       Letak gambar orang lain, ngaku gambar dia.
“Sila jangan perasan.”
2.       Letak gambar artis, cakap diri tak sempurna pe bagai, bila dah bagi gambar, aku puji, terus bangga, riak, takbur.
“Oi, aku puji kesian je tuh.”
3.       Letak gambar sendiri, posing muka cam-comel-konon
“Huh, malu je kat anak-anak aku nanti kalau dia ni lah yang jadi bapak diorang.”

MUKA SEBENAR!!
=lari topik ke aku nih??=

Ye la, apa-apa pun terpulang pada diri sendiri la nak publickan diri atau simpan je dalam poket. Yang penting muka tu biar seirama dengan peribadi. Muka handsome-guling-guling tapi solat tak cukup 5 waktu, puasa tak cukup hari. Oii boleh jalan ddee.. serius aku takmau! Tapi kalau muka tu biasa-biasa ja, even muka pecah-pecah tapi soal dunia akhirat kau A+++++++, dengan segeranya, SILALAH MASUK MINANG. Kalau muka handsome, agama terBaek, semua ok.. itu adalah 1 keuntungan pada aku. Haha sangat happy ye saya disini.











~mesej ucuk~


Encik yang letak gambar Jang Geun Suk tu, jangan nak perasan hodoh sangat k. Muka da iras2 mamat ni pun hodoh lagi ke? Jambu ye la kot..

Suka hati


HIDUPLAH SESUKAMU, NAMUN ENGKAU PASTI MATI

BERBUATLAH SESUKAMU, NAMUN ENGKAU PASTI AKAN DIBALAS

CINTAILAH SIAPAPUN ATAU APAPUN YANG PALING ENGKAU CINTAI,
NAMUN ENGKAU PASTI AKAN BERPISAH DENGANNYA"

(H.R.ath Thabrany)

Bosan

"Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan"

Dah cukup bosan layan benda 4 tahun lepas tapi buat macam benda tu jadi 4 jam lepas.
Dia ada Allah, ya benar. Tapi adakah dia lupa aku juga ada Allah, tuhan yang sama dengannya.
Bukan nak kata diri ini baik atau alim, tapi nasihat menasihati perkara benar itu bukankah tanggungjawab seorang muslim? Tapi awas, nasihat dengan berhemah, bukan dengan cara membuka aib seseorang dan menulis/menyebarkannya di laman sosial. Biar menulis di blog tanpa meletakkan nama dari tulis diwall atau ruang komen yang dah sah-sah orang tahu siapa dia.

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"

Lu sapa mau langgar tempat wa?

JIKA




MAKA


KERANA







CARA UNTUK SELESAIKAN



SEBAB




Si dia

~bak kata girl yang memang dari kecik bersama aku, "TAK PAYAH PURA-PURA SUCI LA."
~kata girl ni pulak, "SAPE2 YG TAK TAHU PERANGAI DIATU MESTI PERCAYA BULAT2 DIA CKP.."
~SILA JANGAN TUNJUK MUKA ANDA LAGI PASNI. BERNANAH HIDUNG AKU TENGOK MUKA ANDA.




~mesej ucuk~

well,kitorang memang jahat punnnnn..