Bukan raksasa.

Assalammualaikum monster-monster cute…

Satu persoalan,
Kenapa Big Bang suka nyanyikan lagu untuk aku?
Perasan pulak. *senyum*



Sebenarnya, bila seseorang berada dalam satu-satu keadaan, dimana baginya tiada orang yang mengerti, lirik-lirik lagu ditujukan padanya, menyentuh hati, pasti dia akan perasan. Macam aku.
Makin layan, makin rasa sayu. Walaupun dia tahu itu bukan perkara matang, tapi sebagai manusia biasa, dia tak dapat lari. Cuma berselindung. Walaupun dahi berkerut. Otak melayang. Mulut aku? Masih tak dapat luahkan apa hati dia rasa. Senyum. Itu saja yang aku mampu.

*pejam mata seminit*

Fikiran ni memang dah melayang jauh. Cari sesuatu. Jantung cuba cover-line, tapi muka tak dapat tipu.
Resah.




I’m not a monster.

Cuba matangkan fikiran.  Redha dengan apa yang jadi.

Mampukah aku?

Aku, seorang gadis yang lalang hidup dia. Someone, tolong hentikan angin.
Harapan….

Harap dia membaca. Sukar untuk difahami rasa ni tapi jika ada hati, dia akan mengerti. Aku tak nak dia jadi sapa-sapa. Aku takda list ciri-ciri lelaki idaman. Cukuplah dia tahu apa yang aku nak dari dia tanpa aku huraikan panjang lebar dan paling penting dia kena tahu, I’M NOT A MONSTER,BABY.

Jangan jadi bulan penuh yang bila aku pandang, aku sakit. Aku taknak jadi monster lagi depan kau. Kau cemuh. Kau benci. Kau kata. Kau lepaskan aku. Aku sakit. Nampak kau macam bola je. Bulat. Aku sabar.

Aku sabar..


You’re like a moon that makes me go crazy

Drama tak laku


Assalammualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk bertaubat hari ini. Segeralah bertaubat ye. Tak rugi pun.




Drama


Drama merupakan satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan. Ia berasal dari perkataan bahasa Greek yang bermakna "tindakan", dari bahasa Yunani Purba δράω), "membuat".Ini apa yang aku dapat dari Google. Drama dalam hidup aku; dah nak masuk 21. Bukan episod, tapi tahun.





Suka Scha


WATAK UTAMA (Heroin)

Dah tentu la tuan empunya badan ni. 20 tahun jadi heroin. Heroin bermasalah. Haha. Sampai saat ni masalah dia tak selesai dan makin bertambah. Layak ke dapat anugerah heroin paling sabar nanti? Merapu je.






WATAK PROTAGONIS (Hero)

Wah, suka rambut Jehan cam ginih!

Sudah tentu yang wanita/gadis tertunggu-tunggu siapa hero kan jika menonton drama. Kena pulak yang heronya tu nsem, tinggi, manis, kacak, baik hati. Lagi melekatlah dagu di kusyen depan TV tu. 

Hero drama aku? Masih belum jumpa muncul.


Jika GD, aku rela...
WATAK ANTAGONIS

Watak ni aku suka. Kerana dia sangat menguji sifat aku. Nak-nak bilangan dia sampai tak terkira. Punyalah ramai nak jadi penentang sampaikan kadang-kadang ahli keluarga sendiri. Selalunya dalam drama, watak gini last-last mesti dia insaf. Macam tak menarik kan. Aku nak watak antagonis dalam drama aku, dia tak insaf, terus ninggal je. *Kijam*





WATAK PIPIH

Paling susah nak jumpa tapi paling ramai aku ada. Haha. Faham? Kebanyakannya dikalangan aku jugak. Serius. Sedih. Tikam belakang aku dengan pisau motong getah.






PELAKON TAMBAHAN
ayat manis je selalu
Dalam drama hidup kita pasti ada orang-orang yang tersangkut paut samada secara langsung atau tidak langsung. Ada yang muncul lepas diundang, ada yang muncul tanpa undangan. Yang takda pass tu yang aku tak berapa bekenan tu. Jika muncul menyelesaikan, aku sambut dengan senyuman tapi jika sebaliknya, aku selesaikan dengan cara aku sendiri.



LATAR BELAKANG

Sangat simple. Kampong, bilik tidur, asrama, politeknik dan tempat-tempat yang cam-best-je. Itu je dunia aku. Kecil pada pendengaran kasar tapi luas jika mengerti aku.






Hidup ini bagaikan pentas opera. Eh ternyanyi pulak tapi ye lah itulah yang aku nak katakan. Manusia penuh dengan lakonan. Masing-masing nak rebut takhta DRAMA KING/DRAMA QUEEN yang kadang-kadang takda nilai pun pada Allah. Masa aku terbuang banyak, melayan lakonan ini. Melangkahnya keluar aku dari daerah ini, drama baru akan bermula. Moga kali ini Allah redha. Aminn..



DUHAI PUJAAN HATI



(¯`•.¸*Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh*¸.•´¯)


ღღ DUHAI PUJAAN HATIღღ

***
Tak kusangka aku menemukanmu
Tak kusangka aku mengagumimu
Tak kusangka Aku terlarut dlm imajiku . . .

Berikan hatimu padaku
Agar aku dpt menghiasinya dg mimpiku
Agar aku dpt memegang dg segenap tulusku
Agar aku bs merasakan bahagiamu
Jg sedihmu ,.Agar aku bisa mjd bagian dirimu . .

Aku tak tau
Berapa pantas kata2 ini kuhidangkan untukmu
Aku hanyalah bayangan dr rona masa depan
Yg terseok2 dlm pencarian kesetiaan
Aku hanyalah kerinduan
Yg tlah kau suburkan dg halusnya tutur sapamu . . .

Andai para penduduk langit mengintip hatiku
Mungkin DIA akan menceritakan padamu
Bahwa lukisan dinding hatiku tlah ku pajang di samping senyummu
Anak2 berlarian bercanda dlm belaian
Kau menatapku dan sejuk benar2 menerpaku
Dalam gubuk kecil penuh cinta . . .

Kukabarkan cerita ini padamu
Agar kau tahu betapa aku damai bersamamu
Damai dlm naunganmu
Damai dlm canda tawa
Sejak kata2 ini msh berupa bahasa
Hingga cinta sudi satukan kita
Satu utk selamanya....

(¯`•.¸*Aamiin allahuma Amiin*¸.•´¯)


(´'`v´'`)✽✽ UHHIBBUKUM FILAH ✽✽
`•.¸.•´`) *¨*¤.¸¸¸.¤*¨*.¸¸¸.¤*¨*
.¸.•´¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´Salam santun penuh cinta kasih

Muara hati


Assalammualaikum w.b.t.. Lama kan tak kepoh-kepoh sini. Maaf la keadaan tak berapa baik sejak dua menjak ni. Rasa macam nak lari jauh-jauh ja pada orang tapi aku masih perlukan orang untuk bangkitkan semangat hidup aku. Syukurlah ada insan yang sanggup bersusah payah demi aku. Harap Allah membalas dengan kabulkan doa dia selama ini. Itu ja yang aku mampu lakukan, BERDOA.


Pergi jauh..
Rasa tu sering aku rasa bila ada masalah. Memang dari kecik aku tak pernah luahkan apa yang terbuku kat hati. Jika luahkan pun, yang paras-paras hidung tu. Lain, aku simpan tak pun luahkan pada Encik Dinding. Pergi jauh bukanlah maksud aku nak pergi mengembara ke tamadun lain, tapi jauh pada orang terutama yang bagi aku masalah yang pada asalnya punca dari aku. Dia saja tambah-tambah lagi bagi aku merana (la konon). Nak merana apa la sangat, Allah ada kan. Aku yakin ujian tu semuanya manis-manis belaka. Dari ujian atas diri kita, kita dapat kenal siapa kawan siapa sawan. Siapa sanggup bantu siapa diam membatu. Siapa rela mati siapa sakit hati. Alhandulillah, aku dah dapat jawapannya.


“Jika seseorang itu di uji, bukan dia sahaja di uji malah orang sekelilingnya juga turut di uji. Senyumlah, kerana kamu tak keseorangan.”




Tolong..
Ada orang yang sanggup tolong kita. Tapi tolongnya ada 2 sebab. 1 ikhlas, 2 harap balasan. Mohon jangan begitu. Ikhlaslah jika menolong. Anda tak akan rugi apa-apa jika ikhlas. Tolong ada banyak cara kan, jika tak mampu dari segi material, gunalah cara mental. Bagi dia semangat, bagi dia idea, bagi dia nasihat dll. Mudah bukan.



“Lebih baik buruk siku dari buruk perangai.
       Lebih elok lagi, jangan jadi buruk siku dan buruk perangai.”





Selesai..
Semua orang nak masalah dia selesai dengan mudah, aman dan bahagia tanpa ada hati yang terluka mahupun SENTAP. Tapi bagaimana? Saat itu, sikap TOLAK ANSUR amatlah diperlukan. Tak salah jika mengalah tapi sila lihat keadaan. Jika anda di pihak yang benar, BAIK JANGAN! Nanti orang pijak jari. Bila dah berani pijak jari, mulalah nak pijak tangan. Pastikan sebelum sampai siku, anda dah sikukan dia ye. Hahaha. Allah ada. Dah letih aku nak ulang tayang benda ni. Yakinlah padaNya kerana Dia sebaik-baik Pemelihara.





Sekufu..
Encik Xia selalu pesan pada aku, banyakkan SELAWAT NABI, ZIKIR, SOLAT SUNAT, BACA QURAN. Aku pun tengah cuba nak betulkan semula perjalanan hidup aku. Kerana SAYANG DAN CINTAKAN ALLAH, aku paksa jugak hati. Ia lebih baik dari paksa hati untuk buat benda “tak elok” tu. Berfikir beberapa kali. Layak ke? Sesuai ke? Fikir lagi. Ahh itu bukan urusan aku. Aku cuma perlu DOA, USAHA dan TAWAKAL. Memang la Encik Xia tu “SUPER”. Aku pulak “POWER’ haha. Power apa? Power rangers lah. Aku yang kaler putih tu. Sekurang-kurangnya timbul jugak berbakul-bakul rasa hormat pada dia. Zaman sekarang, suami suka sangat ikut cakap isteri (pindah tamadun jap).) Bila di tanya, bilangnya sayang. Sayang ke garang?? Boleh sayang isteri tapi berpada-padalah. Ni dengan suami boleh main tinggi-tinggikan suara. Apakah?  *takut*


Jadi,

Apa yang boleh aku simpul-kasih-kuih-raya untuk masalah@ujian yang menimpa aku kalini adalah


SEMAKIN BANYAK UJIAN, SEMAKIN BANYAK INGAT ALLAH.


Wasalam.